home button

Johor


PEKAN NANAS, PONTIAN, 16 Februari 2020 - Satu perbincangan pelaksanaan Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda Tahap Emas yang akan diselaraskan oleh Persatuan Belia Cergas Pontian telah diadakan di Restoren Asam Pedas Madu 3 jam 11.00 pagi.

Perbincangan tersebut dihadiri En. Sidek b. Md. Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, En. Lee Soon Chong, Pengerusi Kelab Taekwondo Cergas Pontian, Cik Sum Pie Jie, Pengerusi Persatuan Belia Cergas Pontian dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kelab Taekwondo & Persatuan Belia Cergas Pontian.

Dalam perbincangan tersebut, pihak Persatuan menjangkakan seramai 70 orang pesertanya akan memulakan perancangan bagi menjayakan misi tahap Emas tersebut.

Selain perbincangan berkaitan ARPRM, turut diadakan perbincangan takwim tahunan Persatuan Belia Cergas Pontian dan Kelab Taekwondo Cergas bagi tahun 2020.

Semoga terus berusaha & berjaya!

Disediakan oleh PBSD Pontian

PONTIAN, 17 Februari 2020 - Mengadakan perbincangan pelaksanaan Program FitMalaysia@Community Daerah Pontian 2020 antara wakil Kelab Sukan Kecergasan Pulai Sebatang, Puan Ismawaty bt. Ismail dan pihak pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian, En. Sidek b. Md. Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian pada jam 9.00 pagi. Pelaksanaan Program ini adalah sebanyak 32 sesi selama 8 bulan bagi tahun 2020. Ianya akan diselaraskan oleh Kelab Sukan Kecergasan Pulai Sebatang dan akan menyediakan Instruktor Kecergasan yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Pihak kami mengalu-alukan masyarakat setempat dapat hadir menyertai aktiviti yang disediakan disamping memberi sokongan ke arah Gaya Hidup Aktif. Disediakan oleh PBSD Pontian
Bandar Penawar, Kota Tinggi , 17 Februari 2020- Lawatan kerja oleh YB Tuan Mohd Khuzan bin Abu Bakar, Pengerusi Jawatan Kuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor ke venua sukan pelayaran di KRMSAU, untuk meninjau kerja-kerja persiapan untuk menghadapi SUKMA XX Johor 2020 pada bulan Julai nanti. Beliau amat berpuashati dengan kerja-kerja persiapan yang sedang dijalankan. Turut hadir lawatan tersebut pegawai MSN Johor, KPRJ dan En.Shamsuddzukha bin Hj Hashim,Pengurus Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara. Disediakan Oleh KRMSAU Johor
Kota Iskandar, Johor Bahru 24 Februari 2020- Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Penilaian bagi Majlis Penghargaan dan Penyampaian Insentif Atlet Para Johor 2018 telah diadakan pada 24 Februari 2020 di Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Johor. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Mohd Gadaffie bin Abd Aziz, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor.Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, En. Shamsuhaime bin Basir , Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor Disediakan oleh Bahagian Sukan JBSN Johor