home button

Johor


Larkin, Johor Bahru, 2 Februari 2020 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Johor telah menggunakan kemudahan Padang Lawn Bowl di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor untuk Pertandingan Lawn Bowl Jabatan Hasil Dalam Negeri Peringkat Zon Tahun 2020 telah berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor bermula pada 31 Januari 2020 hingga 4 Februari 2020.

Disediakan oleh KOMBES Johor


Batu Pahat, 3 Februari 2020 - Sedang berlangsung Lawatan Kerja YAB Dato’ Dr. Sahruddin bin Haji Jamal, Menteri Besar Johor ke Daerah Batu Pahat. 

Taklimat disampaikan oleh Tuan Haji Zulkiflee bin Haji Abbas, Pegawai Daerah Batu Pahat berkenaan projek-projek pembangunan di Daerah Batu Pahat. 

Ketua-ketua jabatan peringkat Daerah Batu Pahat turut hadir ke Lawatan yang dijangka tamat pada jam 3.00 petang ini di Arena Warna, Ayer Hitam.

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat


Bandar Penawar, 4 Februari 2020- Kejohanan Bola Jaring Peringkat MSSD Kota Tinggi dan Pengerang sedang berlangsung dari 4 hingga 6 Februari 2020 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru. Sebanyak 16 buah sekolah menengah dan 23 buah sekolah rendah di Daerah Kota Tinggi menyertai pertandingan tersebut. Kategori bawah 12, 15 dan 18 tahun dipertandingkan. Johan setiap kategori akan mewakili MSSD ke peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 Februari 2020 di KRMSAU.

Disediakan oleh KRMSAU, Desaru, Kota Tingg,i Johor.


Batu Pahat,Johor, 5 Februari 2020 - Menghadiri Mesyuarat Agung Puspanita Kali Ke-26/2020 yang dirasmikan oleh YM Ungku Mohd Tahir bin Ungku Mohd Zakaria, Pentadbir Tanah Daerah Batu Pahat di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. 

Pemilihan ahli jawatankuasa baru akan dibuat pada Mesyuarat Agung kali ini. Seramai lebih kurang 200 orang pegawai awam wanita, isteri para pegawai awam dan pesara turut hadir dalam Mesyuarat Agung ini.

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat