home button

Johor


SEGAMAT, 26 NOVEMBER 2019 - Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) Daerah Segamat bermula hari ini selama 3 hari sehingga 28 November nanti. Ia diadakan di Kolej Komuniti Segamat 2, Batu Anam.

Program Kementerian Belia dan Sukan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Segamat, Polis DiRaja Malaysia Daerah Segamat dan Pejabat Pendidikan Daerah Segamat.

Seramai 45 orang peserta meliputi 40 lelaki dan 5 wanita telah mendaftar dan memulakan program. Para peserta ini datangnya dari ahli Persatuan Belia, pelajar sekolah menerusi Pejabat Pendidikan Daerah Segamat (sekolah terpilih), pelajar Kolej Komuniti Segamat 2 dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Segamat.

Selama 3 hari, para peserta akan mengikuti 7 teras modul aktiviti iaitu aktiviti kerohaniabmn, latihan dalam kumpulan, dialog / forum, lawatan / pembelajaran berasaskan pengalaman, aktiviti kesukarelaan / kemasyarakatan, pendedahan peluang pendidikan kemahiran / keusahawanan dan aktiviti riadah.

Adalah diharapkan para peserta beroleh serba sedikit manfaat dari program yang dijalankan ini.

Disediakan oleh PBSD Segamat


SEGAMAT, 28 NOVEMBER
- "Setiap orang pernah melalui masa muda dengan jiwa yang memberontak. Tetapi, jiwa dan perasaan itu haruslah dipandu dengan baik."

Begitulah amanat dan pesanan yang disampaikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Shamsuhaime Bin Basir dalam kunjungan rasmi menutup program beliau yang pertama ke daerah Segamat.

Beliau menutup rasmi Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) Daerah Segamat di Kolej Komuniti Segamat 2, Batu Anam anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat yang telah diadakan selama 3 hari berakhir hari ini.

Turut hadir dalam majlis adalah Penolong Pegawai Daerah Segamat dan para pegawai dari agensi rakan strategik program iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis DiRaja Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Segamat dan Kolej Komuniti Segamat 2.

Seramai 45 orang peserta meliputi 40 lelaki dan 5 wanita telah mengikuti program dengan pelbagai pengisian yang disusun rapi. Kesemua peserta memberikan maklumbalas yang positif dan amat berharap program seumpama ini akan diteruskan lagi oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Untuk rekod, program AMWAL ini julung - julung kali diadakan dan Segamat amat bertuah kerana menjadi sebahagian dari sejarah pertama kali ini.

Disediakan oleh PBSD Segamat

 

JOHOR BAHRU, 21 Januari 2020 - Sesi Libat Urus Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan Peringkat Zon Selatan 2020 yang melibatkan penyertaan dari tiga buah negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Seramai 105 orang penyertaan telah terlibat di dalam program tersebut. Dianggarkan lebih 50% penyertaan adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang merangkumi Persatuan Sukan Negeri dan Daerah, Majlis Belia Youth Power Club dan lain-lain persatuan.

Selain itu, program ini juga melibatkan kehadiran semua agensi kerajaan dalam menambahbaik pengisian pelan tindakan ini.Pembentangan Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan ini telah disampaikan oleh En.Ibrahim bin Yusoff Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, KBS. Turut hadir En.Suhardi bin Alias, Timbalan Pengarah (Strategik) Majlis Sukan Negara dan Cik Mohsinar binti Malik, wakil Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

                                                                     

Disediakan oleh Bahagian Sukan JBSN Johor


KLUANG, 1 FEBRUARI 2020 -
Pertandingan Street Soccet 3on3 Jemputan Persatuan Belia telah dilaksanakan pada 1 Februari 2020 (Sabtu) bersempena dengan Pelancaran Jersi Baru JDT Musim 2020 bertempat di Dataran Tasik Kluang.

Acara tersebut dilaksanakan sebagai pengisian bagi memeriahkan lagi Majlis Pelancaran Jersi Baru JDT yang dilancarkan secara serentak 10 Daerah Negeri Johor. Pertandingan Street Soccer telah menjemput pasukan dikalangan belia setempat sebagai mempromosikan jersi musim baru bagi pasukan Johor Darul Takzim. 

Sebanyak 10 pasukan telah menyertai acara Street Soccer yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 7.30 petang. Majlis Penyampaian Hadiah telah disampaikan oleh Tn Hj Ismail Bin Abu, Pegawai Daerah Kluang semasa Majlis Pelancaran Jersi Baru JDT pada pukul 8.30malam.Kejohanan ini merupakan anjuran Pejabat Daerah Kluang dengan kerjasama Majlis Sukan Daerah Kluang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kluang.

Disediakan oleh PBSD Kluang