home button

Johor

Kota Tinggi, 12 Mei 2022 -  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi telah menerima seorang pegawai baru yang melapor diri kepada En Ruhisyam bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan hari ni. Selamat datang diucapkan kepada Encik Afiq Akmal bin Razali, Pegawai Unit Belia PBSD Kota Tinggi.

Semoga Encik Afiq Akmal dapat menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam dengan penuh amanah dan berintergriti dalam memacu pembangunan sukan, belia dan rakan muda di Kota Tinggi. Tahniah dan selamat menjalankan tugas.

Disediakan oleh PBSD Kota Tinggi

Batu Pahat, 12 Mei 2022 - Selamat datang diucapkan kepada Encik Muhamad Izham bin Ahmad, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat yang baharu.

Encik Izham melapor diri kepada Puan Nur Amalina binti Holidi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dan akan memulakan tugas sebagai sebagai Pegawai Unit Sukan, PBSD Batu Pahat bermula hari ini, 12 Mei 2022 (Khamis).

Semoga Encik Izham dapat menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam dengan penuh berdedikasi dan cemerlang bagi memastikan pembangunan belia dan sukan daerah Batu Pahat terus unggul.

#PBSDBP

#TeamKBS

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat

Johor Bahru, 10 Mei 2022 - Seramai empat (4) orang Penolong Pegawai Belia Dan Sukan (S29) baru telah melapor diri pada hari ini di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Pegawai tersebut adalah Encik Afiq Akmal bin Razali, Encik Muhamad Izham bin Ahmad, Cik Glendalyn Johny dan Cik Nur Naimah binti Mahmood.

Satu sesi taklimat bersama Pengarah, Encik Shamsuhaime bin Basir telah diadakan pada pagi ini dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Tahniah dan syabas diucapkan! Laksanakanlah tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam yang amanah dan berintegriti.

#jbsjohor

#kbsmalaysia

Disediakan oleh JBSN Johor

        

Batu Pahat, 7 Mei 2022 - Telah berlangsung acara sukan Bola Keranjang 3on3 sempena Malaysia Sports League (MSL) Tahun 2022 Peringkat Daerah Batu Pahat.

Pertandingan yang bermula pada jam 9 pagi ini melibatkan penyertaan seramai 13 pasukan lelaki & 4 pasukan wanita yang terdiri dari pelbagai peringkat umur.

Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Bola Keranjang Daerah Batu Pahat atas kerjasama sebagai Rakan Strategik & Jawatankuasa Kerja Bersama dalam penganjuran sukan ini.

Tahniah kepada semua pemenang!

#MSLBP2022 #PBSDBP #basketball

Disediakan oleh PBSD Batu Pahat