home button

Johor

KLUANG 15 MEI 2022 - Sedang Berlangsung Acara 3on3 Basketball Lelaki dan Wanita Malaysia Sports League (MSL2022) Peringkat Daerah Kluang anjuran bersama Persatuan Bola Keranjang Daerah Kluang dan Kelab Aerobik Fit For You (KAFFU). Sebanyak 24 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita merebut gelaran juara. Semoga berjaya kepada pasukan yang bertanding

Disediakan oleh PBSD Kluang

SEGAMAT 14 MEI 2022: Telah berlangsung Pertandingan Badminton Berpasukan "Malaysia Sports League" (MSL) 2022 Peringkat Daerah Segamat di Dewan SJKC Li Chi. Pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Cosmos Taekwondo Club dan Segamat City Badminton Club (SCBC).

Pertandingan yang dijalankan secara liga telah dimenangi Pasukan Majlis Pembandaran Segamat (MPS) sekaligus menjadi Johan, Pasukan Fighter BC Naib Johan manakala Pasukan TS Sports dan Pasukan KARISMA berkongsi ditempat Ketiga.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Encik Anuar bin Abd Manap ADUN Kawasan Pemanis. Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus, Presiden Cosmos Taekwondo Club, Master Azli Shah bin Ismail Wang dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat saudara Mohd Faiz Hj Mohamad .

Disediakan oleh PBSD Segamat

 

   

PONTIAN, 14 Mei 2022 - Hari ini telah bermula 2 Pertandingan iaitu Bola Jaring dan Bola Keranjang 3on3 (Lelaki & Wanita) Program Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2022 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian.

Seramai 231 orang peserta telah menyertai kedua-dua pertandingan ini yang berlangsung di Dewan Muafakat MPPn Taman Saujana dan Gelanggang Bola Keranjang MPPn Pekan Nanas yang bermula jam 8.00 pagi. Majlis Perasmian turut diadakan di Gelanggang Bola Keranjang Pekan Nanas yang disempurnakan oleh YB Tuan Tan Eng Meng, ADUN Pekan Nanas pada jam 10.00 pagi.

Tahniah kepada Pasukan JMS selaku Johan (Wang Tunai RM1000 + Medal) dan Pasukan Summer selaku Naib Johan (Wang Tunai RM700) Pertandingan Bola Jaring manakala Pasukan Brother Kiss Kiss selaku Johan (Wang Tunai RM600 + Medal) dan Pasukan Pekan Nanas selaku Naib Johan (Wang Tunai RM400) Bola Keranjang 3on3 (Lelaki). Turut diadakan Pertandingan Bola Keranjang 3on3 (Wanita) yang dimenangi oleh Pasukan Pei Chun C (Wang Tunai RM600 + Medal) dan Pasukan Just Me selaku Naib Johan (Wang Tunai RM400).

Johan dan Naib Johan setiap Acara Sukan akan mewakili Daerah Pontian ke MSL Peringkat Negeri Johor yang dirancang sekitar bulan Jun hingga Julai 2022.

Pertandingan seterusnya adalah Futsal (Lelaki & Wanita) pada 21 Mei 2022 (Sabtu), Badminton Berpasukan & Sepak Takraw pada 28 Mei 2022 (Sabtu).

Penyampaian hadiah Pertandingan hari ini disampaikan oleh wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof.

Pertandingan tamat kira-kira jam 5.00 petang.

#SukanUntukSemua

#MalaysiaSportsLeague2022

#UsahaTanpaJemu

Disediakan oleh PBSD Pontian

Johor Bahru ,14 Mei 2022- Telah berlangsung pertandingan Bola Keranjang Malaysia Sport League (MSL) peringkat Daerah Johor Bahru yang bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Skudai.

Sebanyak 20 pasukan lelaki dan 6 pasukan wanita telah berentap untuk menjadi juara bagi berpeluang untuk mewakili Daerah Johor Bahru ke peringkat Negeri.

Turut hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang adalah Puan Belinda Michelle binti Benedict, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru dan Datuk Steven You selaku Pengerusi Persatuan Bola Keranjang Johor Bahru.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang dan jutaan terima kasih kepada seluruh pasukan teknikal dan urusetia Persatuan Bola Keranjang Daerah Johor Bahru di atas kelancaran program yang telah berlangsung.

#TeamJBSN

#TeamJBSJOHOR

#pejabatbeliajohorbahru

#MalaysiaSportLeague

Disediakan oleh PBSD Johor Bahru