home button

Johor

PONTIAN, 20 Mei 2022 - Sebanyak 24 pasukan Lelaki dan 8 pasukan Wanita akan berentap di Pertandingan Futsal Lelaki & Wanita sempena Program Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Pontian 2022 yang dijadualkan pada 21 Mei 2022.

Sesi pengundian dan taklimat pasukan telah berlangsung di Stadium Futsal Pontian sekitar jam 9.00 malam tadi yang disampaikan oleh Encik Zaidi Abu Bakar. Turut sama, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, Encik Haszuan Sapuan.

Terima kasih atas sokongan masyarakat Daerah Pontian dalam menyertai Program KBS.

Semoga beroleh kejayaan kepada semua!

#MalaysiaSportsLeague2022

#SukanUntukSemua

#FutsalLelaki&Wanita

Disediakan oleh PBSD Pontian

MERSING, 18 Mei 2022 – Pertandingan Futsal (lelaki dan wanita) sempena Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Mersing telah diadakan pada 14 hingga 15 Mei 2022 di Gelanggang Futsal, Taman Tun Dr. Ismail, Mersing. Sebanyak 32 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita telah menyertai pertandingan ini yang berlangsung selama dua hari.

Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Akmal bin A. Rahman, Penghulu Mukim Mersing, wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing. Turut hadir Puan Suzana binti Haji Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pegawai-pegawai teknikal daripada Kelab Sukan Kecergasan GYM 1 Malaysia Mersing dan semua pengadil yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan pertandingan ini. Tahniah kepada semua pemenang.

Majulah sukan daripada akar umbi!

#pbsdmersing

#malaysiasportleaguemersing

Disediakan oleh PBSD Mersing

Johor Bahru,19 Mei 2022- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah membuat lawatan tempat ke NS Sport Complex bagi meninjau persiapan tempat dan cabutan undi pertandingan Badminton MSL peringkat Daerah Johor Bahru.

Perlawanan akan berlangsung pada tarikh 21 Mei 2022 pada hari sabtu bertempat di NS Sport, Gelang Patah.

Disediakan oleh PBSD Johor Bahru

Johor Bahru, 18 Mei 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru telah mengadakan satu sesi perbincangan santai bersama ahli jawatankuasa tertinggi MBD JB. Sesi perbincangkan ini bertujuan untuk membincangkan beberapa isu dan membuat penyelarasan program-program belia di Daerah Johor Bahru bagi tahun 2022/2023.

Disediakan oleh PBSD Johor Bahru