home button

Johor

Desaru, Kota Tinggi . 9 Jun 2022 - Berakhirlah sudah Kursus Profesionalisme Kerjaya (K-Pro) 2022 anjuran bersama i-LEAD, MYSO dan Kesatuan bermula pada 7 hingga 9 Jun 2022 bertempat Kompleks Rakan Muda Sukan Air & Udara, Desaru, Johor Darul Ta’zim.

Majlis Penutup K-Pro 2022 telah disempurnakan oleh Encik Khailani bin Ismail, Pengarah Kluster Kerjaya, i-LEAD dan diiringi oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Timbalan Presiden MYSO. Tuan perasmi berhasrat untuk terus menyokong penganjuran kursus seperti ini pada masa akan datang kerana sambutan yang memberangsangkan.

“Tahniah buat semua!”

Disediakan oleh JBSN Johor

Batu Pahat, 4 Mei 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dengan kerjasama Junior Chamber International Batu Pahat Entrepreneur (JCI BPE) telah melaksanakan Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Batu Pahat Siri 1 di Rumah Sejahtera Batu Pahat.

Penyertaan seramai 20 orang peserta dari JCI BPE & Kelab Rakan Muda Batu Pahat ini menyantuni dan menziarahi penghuni Rumah Sejahtera tersebut yang terdiri daripada warga emas.

Program yang bermula seawal 9 pagi tadi dimulakan dengan ucapan aluan dari Encik Halim bin Md Isa, Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dan seterusnya turut sama dalam aktiviti kemasyarakatan seperti gotong royong & riadah.

Tahniah kepada JCI BPE & KRM BP

#KBS PRIHATIN

#PBSDBP

#BatuPahat

Disediakan Oleh PBSD Batu Pahat

SEGAMAT 2 Jun 2022: Sesi taklimat dan undian pasukan, pertandingan futsal (lelaki dan wanita) "Malaysia Sports League" (MSL) 2022 telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Segamat, yang dipengerusikan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus. Sebanyak 17 pasukan futsal lelaki dan 5 pasukan futsal wanita telah mendaftar dan akan bertanding pada 4 Jun 2022 di Segamat Futsal Centre.

Sebelum itu telah diadakan perbincangan bersama Majlis Belia Daerah Segamat bagi pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Segamat di Hub Belia Jalan Kolam Air. Perbincangan tertumpu pada pelaksanaan dan aktiviti-aktiviti sampingan yang akan diadakan semasa Sambutan Hari Belia Negara (HBN) pada Julai 2022.

Disediakan oleh PBSD Segamat

Larkin, Johor Bahru, 30 Mei 2022 - Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bilangan 2/2022 telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor. Majlis disempurnakan dengan penyampaian amanat oleh Ybrs. Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Sesi semakan buku servis pegawai dan kakitangan turut diadakan selepas penyampaian amanat tersebut.

Seterusnya Sesi Bertemu Pelanggan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri JBSJ. JBSJ juga telah mengadakan Pertandingan Menganyam Ketupat dan Busana Raya. Turut hadir Ybhg. Tuan Haji Salleheen bin Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor, wakil-wakil jabatan dan agensi kerajaan serta wakil-wakil dari pertubuhan belia dan pertubuhan sukan di seluruh negeri Johor.

Disediakan oleh JBSN Johor