home button

Johor

Johor Bahru, 2 Ogos 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah mengadakan satu perbincangan bersama dengan Majlis Belia Negeri Johor di Bilik Mesyuarat Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor berkaitan cadangan pelaksanaan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan di daerah Muar, Johor. Perkara yang turut dibincangkan adalah berkaitan persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri. Objektif perbincangan ini adalah untuk memperhalusi lagi gerak kerja pelaksanaan program bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar. Selain itu perbincangan juga berkisar pada perkongsian pandangan dan pendapat bagi pengisian program ini nanti.

 

Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

 

Turut hadir dalam perbincangan tersebut Tuan Haji Md Salleheen bin Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) dan barisan ahli-ahli jawatankuasa MBNJ.

 

Disediakan oleh JBSN Johor

1 OGOS 2022 - Satu rombongan dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengadakan satu lawatan teknikal ke 3 venue acara iaitu Arena Mas, Taman Impian Emas, venue acara petanque dan squash serta Lapang Sasar Johor bagi acara menembak.

Rombongan ini yang diketuai oleh En Mohd Faez bin Othman, Penolong Setiausaha Kanan, KBS Malaysia telah diberikan taklimat dan penerangan berkenaan proses pembinaan dan spesifikasi venue oleh pihak Kumpulan Prasarana Rakyat Johor dan Perbadanan Stadium Johor.

Turut hadir bersama rombongan ini ialah YB Dato' 'On bin Jaabar @ Ja'afar, Timbalan Setiausaha Kerajaaan (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Tuan Hj Mohd Johari bin Tarmidi, Ketua Pegawai Operasi, Sekretariat SUKMA Johor, En Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta Pn Nurul Hidayah binti Mohd Yusof, Penolong Jurutera dari Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor.

#sukmajohor2024

#semarakjuara

Disunting JBSN Johor

Kota Tinggi, 2 Ogos 2022 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Footgolf Malaysia telah selesai melaksanakan Klinik Pembangunan Sukan Footgolf Peringkat Negeri Johor pada 1 dan 2 Ogos 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara, Bandar Penawar dan The Els Desaru Golf Club.

Majlis perasmian penutup turut dimeriahkan dengan kehadiran Encik Jeffri Cottam, Naib Presiden Persatuan Footgolf Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada urus setia, jurulatih dan semua peserta terlibat dalam menjayakan program pembangunan sukan baharu sebagai pendedahan kepada masyarakat setempat.

#footgolfjohor

#footgolfmalaysia

Disediakan oleh JBSN Johor

PONTIAN, 1 Ogos 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian bersama Persatuan Bola Sepak Pontian (FA Pontian) akan melaksanakan Program Liga Tunas Malaysia@Malaysia Little League (MiLL) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2022. Program tersebut akan melibatkan peserta Bola Sepak Kategori Bawah 16 tahun dan 12 tahun.

Program ini adalah cetusan idea oleh Yang Di Pertuan Agong yang bertujuan memupuk minat dan menarik penyertaan lebih ramai dari peringkat akar umbi ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan (Sporting Nation).

Semoga pelaksanaan Program ini berjalan dengan lancar.

#LigaTunasMalaysia

#MalaysiaLittleLeague2022

#SportingNation

Disediakan oleh PBSD Pontian