WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 12 JANUARI 2022 ~ Telah berlangsung sesi Pemilihan Pemain Bola Sepak bawah 21 Tahun Sabah Zon W.P. Labuan di padang Sintetik Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan. Sesi pemilihan ini adalah hasil usaha dan kerjasama di antara LAFA Labuan Football Association - LAFA dan SAFA Persatuan Bola Sepak Sabah - SAFA. bagi mencari dan seterusnya memilih bakat-bakat muda dalam Sukan Bola Sepak khususnya di Sabah dan W.P. Labuan.Seramai 30 pemain bola sepak bawah umur 21 W.P. Labuan diberi peluang untuk memperlihatkan kebolehan dan kemahiran bermain bola sepak mereka untuk di pilih menyertai Latihan Bola Sepak U21 pasukan Sabah yang dijangka akan diadakan pada minggu hadapan di Kompleks Sukan Likas.Sesi pemilihan tersebut telah dihadiri sendiri oleh Presiden LAFA serta barisan pengurusan LAFA. Manakala barisan pemilih dan kejurulatihan telah dikendalikan oleh Ketua Jurulatih pasukan Bawah 21 Tahun Sabah, Jelius Ating dibantu oleh penolong jurulatih, Burhan Ajui, jurulatih penjaga gol, Jasrih Jabidin @ Jerry dan Ketua Panel Pemilih (Scouting Team) diketuai Matlan Marjan.Tahniah kepada Presiden dan barisan pengurusan LAFA atas usaha menempatkan W.P. Labuan di antara Zon pemilihan pemain Skuad Bola Sepak Bawah 21 Tahun Sabah.Semoga kerjasama di antara LAFA dan SAFA ini terus kekal dalam usaha berterusan untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sukan bola sepak Negara seluruhnya.#JBSWPL#LAFA#SAFA