LABUAN, 20 Mei - Kelab Sukan Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan telah menganjurkan Jamuan Aidilfitri bagi meraikan pegawai dan kakitangan Jabatan serta pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan yang bertugas di Kompleks Sukan Labuan.

Hidangan jamuan bagi majlis ini adalah secara pot-luck di mana pegawai dan kakitangan memilih sendiri menu untuk disajikan.

Encik Mohammad Syahffie bin Haji Japril dalam ucapan semasa majlis tersebut merakamkan ucapan Aidilfitri kepada seluruh keluarga JBS WP Labuan dan semoga sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna.