home button

Labuan

W.P. LABUAN, 2 SEPTEMBER 2021 - Program Kuiz Kemerdekaan telah diadakan 31 Ogos yang lalusecara virtual melalui Google Meet dan Aplikasi Quizzy.
Seramai 78 peserta telah menyertai pertandingan Kuiz Kemerdekaan ini yang bertemakan Pengetahuan Am dan Kenegaraan.
Program telah dijayakan oleh Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) bersama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) W.P. Labuan.
Objektif utama penganjuran program adalah untuk menanam semangat patriotik dan nasionalisme di kalangan peserta khususnya generasi muda di W. P. Labuan.
Selain itu, program ini diharapkan dapat menambah ilmu pengetahuan berkenaan sejarah negara.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah JBS W.P. Labuan, En. Mohd Raiful bin Madarun.
 
2 1
W.P. LABUAN, 1 September 2021 - Encik Mohammad Syahffie Haji Japril, Pengarah dan seluruh Warga Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dalam respon pantas hari ini berbangga dengan Pencapaian Chew Wei Lun, Atlet Boccia Negara di Temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang telah berjaya memenangi Pingat Perak dalam Kategori Mix Individual BC1.
Kegembiraan ini juga turut dikongsi oleh Cik Mastijah Insuin yang bertanggungjawab dalam Unit Penggalakkan dan Pembangunan Sukan OKU, JBS W.P. Labuan. Beliau dalam satu kenyataan menerangkan kejayaan ini bukan sahaja menggembirakan tetapi sangat membanggakan warga W.P. Labuan khususnya dan negara secara amnya.
 
Sebagai rekod, warga W.P. Labuan juga turut berbangga di atas pencapaian Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) W.P. Labuan, Mr. Wong Foo Leong yang turut berada di Temasya Sukan Paralimpik Tokyo kali ini selain bertugas sebagai Technical Official Sukan Boccia, Boccia International Sport Federation.
📷credit: MSN & Boccia Team
 
w2
W.P. Labuan, 7 Ogos 2021 - Seramai 176 orang belia telah menyertai webinar “Sosial Entreprenuership Let Start Up” Anjuran Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan melalui medium Google Meet.
 
Program ini adalah kerjasama Bahagian Rakan Muda JBS Labuan dengan Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda. Antara objektif pelaksanaan webinar ini ialah bagi menggerakkan aktiviti ekonomi dan sosial Kelab Rakan Muda yang memberi manfaat kepada ahli dan juga komuniti setempat.
Terdapat 4 modul yang telah disampaikan melalui webinar ini iaitu Peluang Perniagaan, Pengurusan & Kewangan, Imej dan Penjenamaan serta Perkongsian Pengalaman. Penceramah terdiri daripada Dr. Sharinah Puasa (Pensyarah Kanan Perakaunan UMSKAL), En. Jasron bin Jasnor (Delegasi Xarra Resources) dan En. Mohd Sahadan bin Yusop (Sdwan Enterprise).
 
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Mohammad Syahffie bin Haji Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan.
 
2
W.P. Labuan, 8 Ogos 2021 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan (JBS) iaitu En. Mohamad Syahffie bi Haji Japril telah merasmikan Majlis Perasmian Penutup webinar “Tadbir Urus Organisasi Kelab Rakan Muda Yang Cekap” anjuran JBS dengan kerjasama Persatuan Belia dan Beliawanis Sungai Lada (BELADA) melalui platform Google Meet. Tujuan utama pelaksanaan webinar ini ialah untuk memberi pendedahan dan membimbing peserta dalam urus tadbir pertubuhan dan memberi pendedahan serta membimbing peserta dalam urus tadbir pertubuhan belia.
Seramai 208 orang telah mendaftar dalam webinar ini yang mana peserta bukan sahaja dari Pulau Labuan tetapi Sabah dan Semenanjung. Penceramah terdiri daripada Pn. Suzirani bt. Muamat (Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia Cawangan Sabah), En. Mohammadthir bin Malik (Naib Presiden 1 Majlis Belia Labuan), En. Mohd Rezuan bin Md Nawawi (Mantan Presiden Majlis Belia Labuan) dan En. Mohd Dzulfaizal Ab. Manan (Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk W.P. Labuan / Mantan Presiden Majlis Belia Labuan). Antara topik yang telah disampaikan melalui webinar ini ialah Ciri-Ciri Kepimpinan Yang Unggul, Penyediaan MYKD Yang Cekap, Imej dan Penjenamaan Organisasi, serta Perkongsian Pengalaman.
Turut hadir semasa Majlis Perasmian Penutup ini ialah En. Mohd Raiful Madarun, (Penolong Pengarah JBS Labuan), En. Mohd Dzulfaizal Ab. Manan (Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk W.P. Labuan / Mantan Presiden Majlis Belia Labuan), En. Abdul Mutalib bin Sahari (Presiden Majlis Belia Labuan dan En. Faridzuan bin Abd. Harah (Pengerusi Persatuan BELADA).
 
 
1