home button

Labuan

W.P. Labuan, 7 September 2021 ~ Program Majlis Perundingan Belia Negara merupakan platform terbaik untuk Pertubuhan Belia menyampaikan hasrat dan isu-isu berkaitan belia di peringkat tertinggi. Bagi maksud tersebut, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan dengan kerjasama Majlis Belia Labuan (MBL) akan melaksanakan program MPBN peringkat W.P. Labuan.
Sebelum Majlis Perundingan sebenar berlangsung, Sekreteriat MPBN Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan telah mengambil inisiatif mengadakan Pra-Persidangan MPBN bagi tujuan memantapkan lagi proses persidangan yang bakal dijalankan.
Dalam sesi Pra-Persidangan tersebut, pihak Jabatan bersama barisan kepimpinan Majlis Belia Labuan (MBL) dan beberapa pertubuhan dan kelab belia telah memperincikan usul-usul bakal dibahaskan pada MPBN peringkat W.P. Labuan yang dijangka dilaksanakan pada 11 September 2021. Dapat dilihat dengan jelas komitmen dan kesungguhan mereka dalam agenda menyampaikan hasrat pembangunan belia dari pelbagai aspek khususnya di W.P. Labuan.
Pra-Persidangan telah dilaksanakan dengan pematuhan sepenuhnya SOP PPN Fasa 4.
 
Jabatan Belia dan Sukan W. P. Labuan dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) W.P. Labuan akan menganjurkan Pertandingan _Online_ Latihan Sukan Ala Pandemik Bagi Atlet Para SUKMA W.P. Labuan 2021 pada 19 September 2021 (Ahad).
Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Encik Mohammad Syahffie Bin Haji Japril, program ini dilaksanakan sebagai inisiatif jabatan dan sokongan padu PESRON Labuan dalam memberi peluang kepada atlet, jurulatih dan pengerak sukan OKU di wilayah ini menjalankan aktiviti serta latihan dalam tempoh pandemik COVID 19 yang cukup mencabar.
Menariknya, selain dari pertandingan _Online_ dan klinik bocce, program ini julung kali menampilkan Pemenang Pingat Emas Paralimpik Tokyo, Encik Bonnie Bunyau Gustin yang akan berkongsi pengalaman secara langsung kepada peserta dalam program berkenaan. Diharapkan program ini bukan sahaja memberi ruang kepada perkongsian pengalaman tetapi ianya juga dapat memberi suntikan semangat kepada atlet para SUKMA di Wilayah ini.
 
1
𝗪.𝗣. 𝗟𝗮𝗯𝘂𝗮𝗻, 8 SEPTEMBER 𝟮𝟬𝟮𝟭 ~ 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 - 𝗖𝗔𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝟲𝟰𝗞𝗠 𝗞𝗨𝗠𝗨𝗟𝗔𝗧𝗜𝗙 𝗝𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗣𝗘𝗚𝗔𝗪𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗝𝗕𝗦𝗪𝗣𝗟.
Mengambil kira semangat Kemerdekaan ke 64 Tahun sempena Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2021, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Dalaman iaitu Cabaran 64KM Berlari Tanpa Henti bagi semua Pegawai dan Kakitangan Jabatan.
Kaedah program ini dilaksanakan dengan mengumpulkan jarak kumulatif larian yang dibuat oleh semua kakitangan Jabatan dalam tempoh 2 jam sehingga mencapai 64KM. Jarak larian adalah ditetapkan mengikut kemampuan setiap kakitangan.
Pengarah JBSWPL menyatakan, Program Jabatan yang julung kali diadakan ini amat bermakna kerana program ini adalah bertujuan menyemarakkan semangat Kemerdekaan selain memupuk budaya hidup sihat bukan sahaja di kalangan kakitangan Jabatan malahan kepada seluruh masyarakat serta diharap dapat menanam semangat perpaduan menerusi platform sukan.
Program seumpama ini juga diharap boleh menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana bahawa, walau sekecil mana pun peranan diberi, sesuatu yang MUSTAHIL itu dapat dicapai melalui konsep atau kaedah pelaksanaan yang teratur dan sistematik berserta semangat kesepaduan dan kerjasama yang tinggi dalam mencapai sesebuah objektif.
Ini adalah analogi kepada semangat Kemerdekaan ke 64 Tahun. Keamanan dan kebebasan yang kita kecapi pada hari ini bukan datang bergolek, ia adalah hasil perjuangan dan pengorbanan kolektif pejuang-pejuang terdahulu menuntut Kemerdekaan. Sebuah Kemerdekaan itu lebih tinggi nilainya dari segunung intan permata. Kemerdekaan ini wajib dihargai, dijaga dan dipertahankan bersama.
Program telah dilaksanakan dengan jayanya dengan pematuhan sepenuhnya SOP PPN Fasa 4 yang sedang berkuatkuasa.
 
3
W.P. Labuan, 3 September 2021 - Encik Mohammad Syahffie Haji Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) W.P. Labuan telah mengadakan perbincangan khas bersama Pegawai Belia dan Sukan, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (Labuan), En. Zulhelmi Bin Amran yang turut disertai oleh Pn Tracy Tumay Rigar, Penolong Pengarah (Bahagian Sukan) JBS W. P. Labuan dan semua Pegawai Bahagian berkenaan.
Antara agenda penting yang menjadi keutamaan dalam perbincangan tersebut ialah penyelarasan program rentas jabatan selain menilai beberapa keperluan khususnya pembangunan sukan di W.P. Labuan.
 
Selain itu, menerusi perbincangan ini diharapkan perencanaan masa depan pembangunan sukan di wilayah ini dapat dilakukan secara holistik dengan penglibatan secara bersama.
1