home button

Labuan

25 Oktober 2021 Wilayah Persekutuan Labuan ~ Cabaran selama enam bulan praktikal di tapak projek bermula pada 15 Oktober lalu, para peserta kursus penuh komitmen bertungkus lumus menyiapkan model planter box mereka dengan pemantauan oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan khususnya Bahagian Pembangunan Belia.
Seramai 20 orang peserta telah tamat kursus Youth Agrotech baru baru ini, dibahagikan kepada empat kumpulan yang mana mereka ditetapkan turun ke tapak projek setiap hari Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sehingga hari ini, sebanyak 4 model planter box telah siap sepenuhnya dan telah pun disemai dengan bibit sayur sayuran seperti sawi dan bayam hijau.
Syabas kepada semua peserta.
 
3 1

KOMPLEKS SUKAN LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 21 OKTOBER 2021 ~ Hari Sukan Negara peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan dengan jayanya yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada 9 Oktober yang lalu. Wilayah Persekutuan Labuan telah memulakan gerak kerja dan perlaksanaan HSN 2021 dengan membuat pelbagai pengisian aktiviti secara maya bermula 4 Oktober 2021.

Program Webinar turut diadakan bagi memberi maklumat terkini berkenaan SOP yang berkaitan dengan sukan dan rekreasi. Pelbagai pihak turut memberi sokongan dan kerjasama bagi menjayakan webinar ini. Antara webinar asas yang telah diadakan sebelum kemuncak HSN pada tahun ini ialah Webinar Fasa 4 yang melibatkan pihak Polis DiRaja Malaysia Labuan dan 3 lagi yang melibatkan aktiviti sukan dan rekreasi yang popular di pulau mutiara ini. Webinar Berbasikal, joging dan hiking serta keselamatan rekreasi air turut diadakan bagi memberi pendedahan serta maklumat berkaitan keselamatan, etika kepada semua penggemar sukan mengikut aktiviti yang dijalankan.

 

HSN ADIK GO

W.P. Labuan, 20 September 2021 - Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan (JBS) bersama dengan Majlis Belia Malaysia telah melaksanakan sesi Webinar Jom Cipta Kerja Siri 18 melalui platform Zoom dan live Facebook Jabatan Belia dan Sukan Negara pada 15 september yang lalu.
 
Webinar kali ini menampilkan speaker jemputan dari W.P. Labuan iaitu Encik Tan Tek Leong, seorang anak muda yang sedang aktif menceburkan diri dalam bidang agrotek dan moderator pula ialah Puan Sainati Latip, Pegawai Pembangunan Ekonomi JBS Wilayah Persekutuan Labuan.
Seramai 75 orang telah menyertai sesi Webinar Jom Cipta Kerja yang membawa tajuk “Sistem Fertigasi Pemangkin Ekonomi Pasca COVID-19”. Speaker telah memberikan pendedahan kepada belia untuk menjana sumber pendapatan berasaskan pertanian yang mudah. Sesi soal jawab juga telah banyak membantu para peserta berkenaan peluang dan tatacara dalam bidang pertanian moden.
 
2  3
W.P. Labuan, 13 September 2021 - Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat W.P. Labuan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Cawangan Sabah pada 4 September yang lalu telah berjaya mencapai objektif apabila seramai 42 orang peserta hadir dari 20 persatuan Belia di Wilayah ini.
Program dinilai sebagai platform terbaik untuk semua pemegang jawatan Pertubuhan Belia bagi mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam tadbir urus pertubuhan belia selaras dengan peruntukan perundangan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
Ceramah dalam talian selama satu hari ini telah disampaikan oleh Pn. Koh Mei Ching dan En. Faizul Rizal Bin Maat Saat dari Ibu Pejabat ROY Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui medium aplikasi Zoom. Moderator program pula ialah Pn. Suzirani Binti Muamat, Pen. Pegawai Pendaftar (Kanan) ROY Cawangan Sabah.

Selain program berjalan dengan jayanya, para peserta telah mendapat input yang penting berkenaan pelaksanaan peruntukan perundangan Akta 668, penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan Program Star Rating Pertubuhan Belia.

 

3