home button

Labuan

Kompleks Sukan Labuan, 8 November 2021 - Seramai 20 orang belia dari W.P. Labuan telah menyertai kelas "Basic Youtube For Beginner" yang dianjurkan oleh Majlis Belia Labuan bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara Peringkat W.P. Labuan pada 5 November yang lalu. Penceramah bagi kelas ini terdiri daripada anak jati pulau Labuan dan juga penggiat Youtube yang terkenal di pulau ini iaitu En. Muhammad Syalihin (Orex 12) dan En. Aizat Zaini (DJ JEH Production).Diantara objektif pelaksanaan kelas Youtube ini ialah bagi membuka minda para belia tentang peluang menjana pendapatan di media sosial melalui kaedah yang betul.Program telah dilaksanakan dengan pematuhan kepada SOP semasa.#DekadiniDekadAnda#JBSWPL#MBL#KeluargaMalaysia
Kampung Layang-Layangan Wilayah Persekutuan Labuan, 8 November 2021 - Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Pembuatan Roti bertempat di Kebal Bakery pada 5 November yang lalu di balai raya Kg. layang-Layangan. Program ini dilaksanakan bersempena sambutan Hari Belia Negara yang akan dilaksanakan di Peringkat W.P. Labuanย pada tahun ini. Seramai 10 orang peserta telah menghabiskan sesi pembelajaran ini dengan jayanya.Tenaga pengajar terdiri daripada ahli KEBAL sendiri. Aktiviti seumpama ini wajar diteruskan bagi membimbing para belia yang berminat dalam bidang perusahaan makanan.
Kampung Patau-patau 2, Wilayah Persekutuan Labuan, 8 November 2021 - Seramai 40 orang peserta telah mengikuti pertandingan PUBG yang dikelolakan oleh Kelab Belia Patau-Patau 2 (KBPP2) sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat W.P. Labuan pada 6 November yang lepas. E-Sports merupakan aktiviti yang tidak asing lagi pada masa kini. Peralihan arus digitalisasi perlu diraikan oleh semua pihak bagi memacu ekonomi di era baharu ini.Kelab Belia Patau Patau 2, dilihat sebagai salah satu penggiat pembangunan belia di pulau ini telah berjaya menyahut cabaran dengan penganjuran pertandingan e-sports tersebut.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 1 NOVEMBER 2021 ~ Kursus jangka pendek dengan memilih tajuk pembuatan kek dan deko, Program Youth Career ini telah berjaya dilaksanakan pada 27 hingga 30 Oktober yang lalu bertempat di Pusat Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian W.P Labuan. Seramai 20 orang peserta terdiri daripada Belia B40 telah berjaya melengkapkan 40 jam pembelajaran sepanjang kursus 4 hari ini. Majlis Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh Encik Mohd Raiful bin Madarun, Penolong Pengarah Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan W.P Labuan itu turut dihadiri oleh Encik Zaimee bin Abu Bakar, Penolong Pegawai Pertanian mewakili Jabatan Pertanian dan Puan Kasminah Abdul Gais, selaku tenaga pengajar kursus Youth Career tersebut. Pihak Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan juga ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak media RTM yang telah membuat liputan semasa program berlangsung. Antara objektif utama program ini adalah untuk memberi akses kepada belia miskin terutama dari luar bandar mengikuti latihan kemahirankhusus berdasarkan keperluan operasi majikan sebelum diserapkan dalam pasaran pekerjaan selepas tamat latihan. Selain itu, ianya bertujuan mengurangkan kadar pengangguran terutama dikalangan belia dan sekaligus menyokong agenda Kerajaan untuk mencapai 35 % tenaga kerja mahir menjelang tahun 2022. Malah, program ini juga memberi pendedahan dan pendidikan keusahawanan kepada peserta yang berminat.#roadtoHBN2021#YOUTHCAREER2021#jbswpl #jabatanbeliadansukanwpl #deco #YouthCareer