home button

Labuan

W.P. Labuan, 20 September 2021 - Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan (JBS) bersama dengan Majlis Belia Malaysia telah melaksanakan sesi Webinar Jom Cipta Kerja Siri 18 melalui platform Zoom dan live Facebook Jabatan Belia dan Sukan Negara pada 15 september yang lalu.
 
Webinar kali ini menampilkan speaker jemputan dari W.P. Labuan iaitu Encik Tan Tek Leong, seorang anak muda yang sedang aktif menceburkan diri dalam bidang agrotek dan moderator pula ialah Puan Sainati Latip, Pegawai Pembangunan Ekonomi JBS Wilayah Persekutuan Labuan.
Seramai 75 orang telah menyertai sesi Webinar Jom Cipta Kerja yang membawa tajuk “Sistem Fertigasi Pemangkin Ekonomi Pasca COVID-19”. Speaker telah memberikan pendedahan kepada belia untuk menjana sumber pendapatan berasaskan pertanian yang mudah. Sesi soal jawab juga telah banyak membantu para peserta berkenaan peluang dan tatacara dalam bidang pertanian moden.
 
2  3
W.P. Labuan, 13 September 2021 - Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat W.P. Labuan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Cawangan Sabah pada 4 September yang lalu telah berjaya mencapai objektif apabila seramai 42 orang peserta hadir dari 20 persatuan Belia di Wilayah ini.
Program dinilai sebagai platform terbaik untuk semua pemegang jawatan Pertubuhan Belia bagi mendalami pengetahuan dan kemahiran dalam tadbir urus pertubuhan belia selaras dengan peruntukan perundangan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
Ceramah dalam talian selama satu hari ini telah disampaikan oleh Pn. Koh Mei Ching dan En. Faizul Rizal Bin Maat Saat dari Ibu Pejabat ROY Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui medium aplikasi Zoom. Moderator program pula ialah Pn. Suzirani Binti Muamat, Pen. Pegawai Pendaftar (Kanan) ROY Cawangan Sabah.

Selain program berjalan dengan jayanya, para peserta telah mendapat input yang penting berkenaan pelaksanaan peruntukan perundangan Akta 668, penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan Program Star Rating Pertubuhan Belia.

 

3

W.P. Labuan, 7 September 2021 ~ Program Majlis Perundingan Belia Negara merupakan platform terbaik untuk Pertubuhan Belia menyampaikan hasrat dan isu-isu berkaitan belia di peringkat tertinggi. Bagi maksud tersebut, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan dengan kerjasama Majlis Belia Labuan (MBL) akan melaksanakan program MPBN peringkat W.P. Labuan.
Sebelum Majlis Perundingan sebenar berlangsung, Sekreteriat MPBN Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan telah mengambil inisiatif mengadakan Pra-Persidangan MPBN bagi tujuan memantapkan lagi proses persidangan yang bakal dijalankan.
Dalam sesi Pra-Persidangan tersebut, pihak Jabatan bersama barisan kepimpinan Majlis Belia Labuan (MBL) dan beberapa pertubuhan dan kelab belia telah memperincikan usul-usul bakal dibahaskan pada MPBN peringkat W.P. Labuan yang dijangka dilaksanakan pada 11 September 2021. Dapat dilihat dengan jelas komitmen dan kesungguhan mereka dalam agenda menyampaikan hasrat pembangunan belia dari pelbagai aspek khususnya di W.P. Labuan.
Pra-Persidangan telah dilaksanakan dengan pematuhan sepenuhnya SOP PPN Fasa 4.
 
Jabatan Belia dan Sukan W. P. Labuan dengan kerjasama Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) W.P. Labuan akan menganjurkan Pertandingan _Online_ Latihan Sukan Ala Pandemik Bagi Atlet Para SUKMA W.P. Labuan 2021 pada 19 September 2021 (Ahad).
Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Encik Mohammad Syahffie Bin Haji Japril, program ini dilaksanakan sebagai inisiatif jabatan dan sokongan padu PESRON Labuan dalam memberi peluang kepada atlet, jurulatih dan pengerak sukan OKU di wilayah ini menjalankan aktiviti serta latihan dalam tempoh pandemik COVID 19 yang cukup mencabar.
Menariknya, selain dari pertandingan _Online_ dan klinik bocce, program ini julung kali menampilkan Pemenang Pingat Emas Paralimpik Tokyo, Encik Bonnie Bunyau Gustin yang akan berkongsi pengalaman secara langsung kepada peserta dalam program berkenaan. Diharapkan program ini bukan sahaja memberi ruang kepada perkongsian pengalaman tetapi ianya juga dapat memberi suntikan semangat kepada atlet para SUKMA di Wilayah ini.
 
1