home button

Labuan

Kampung Sungai Labu, Wilayah Persekutuan Labuan, 8 November 2021 - Seramai 20 orang peserta telah menyertai "BELA Half Marathon Challenge Road to HBN WP Labuan" yang telah dianjurkan oleh Kelab Belia Sungai Labu (BELA) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Labuan (JBS) serta Majlis Belia Labuan (MBL) pada 4 November yang lalu. Larian tertutup Kg. Sungai Labu sejauh 21 KM ini dilaksanakan bersempena dengan Sambutan Hari Belia Peringkat W.P. Labuanย bagi tahunย 2021. Program yang diadakan ini bukan sahaja menggalakkan komuniti setempat mengamalkan budaya bersukan tetapi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan penduduk Sungai Labu. Disamping itu juga dapat mendidik amalan penjagaan SOP pada fasa peralihan pandemik Covid-19.Turut serta memeriahkan program ini ialah Encik Rayner Justine, Pegawai Pembangunan Sosial JBS Labuan dan Encik Eyreza A. Besar, Pengerusi Kelab Belia Sungai Labu, merangkap Timbalan Presiden MBL.Program tersebut dilaksanakan dengan pematuhan kepada SOP semasa yang sedang berkuatkuasa.#DekadiniDekadAnda#JBSWPL#MBL#KeluargaMalaysia
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 8 NOVEMBER 2021 ~ Program MyFit@Communityย siri 2 telah berlangsung sabtu lalu 6 November 2021 bertempat di Stadium Kompleks Sukan Labuan. Program yang diadakan secara Hybrid Maya dan fizikal tersebut telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Sukan Kecergasan W.P.Labuan ini akan diteruskan sebanyak 1 lagi sesi berbaki dengan 1 lagi aktivitiย  Virtual Run 5KM pada tahun ini. Orang ramai turut boleh menyertai aktiviti ini secara maya yang disiarkan di lawan Page Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kompleks Sukan Labuan, 8 November 2021 - Seramai 20 orang belia dari W.P. Labuan telah menyertai kelas "Basic Youtube For Beginner" yang dianjurkan oleh Majlis Belia Labuan bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara Peringkat W.P. Labuan pada 5 November yang lalu. Penceramah bagi kelas ini terdiri daripada anak jati pulau Labuan dan juga penggiat Youtube yang terkenal di pulau ini iaitu En. Muhammad Syalihin (Orex 12) dan En. Aizat Zaini (DJ JEH Production).Diantara objektif pelaksanaan kelas Youtube ini ialah bagi membuka minda para belia tentang peluang menjana pendapatan di media sosial melalui kaedah yang betul.Program telah dilaksanakan dengan pematuhan kepada SOP semasa.#DekadiniDekadAnda#JBSWPL#MBL#KeluargaMalaysia
Kampung Layang-Layangan Wilayah Persekutuan Labuan, 8 November 2021 - Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) telah berjaya menganjurkan Kursus Asas Pembuatan Roti bertempat di Kebal Bakery pada 5 November yang lalu di balai raya Kg. layang-Layangan. Program ini dilaksanakan bersempena sambutan Hari Belia Negara yang akan dilaksanakan di Peringkat W.P. Labuanย pada tahun ini. Seramai 10 orang peserta telah menghabiskan sesi pembelajaran ini dengan jayanya.Tenaga pengajar terdiri daripada ahli KEBAL sendiri. Aktiviti seumpama ini wajar diteruskan bagi membimbing para belia yang berminat dalam bidang perusahaan makanan.