home button

Labuan

KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 16 NOVEMBER 2021 ~ Program MyFit@Community siri meneruskan siri extra pada 13 November bertempat di Stadium Kompleks Sukan Labuan. Program yang diadakan secara Hybrid Maya dan fizikal tersebut telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Program yang dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Sukan Kecergasan W.P.Labuan ini akan diteruskan sebanyak sehingga hujung november ini dengan satu aktiviti  Virtual Run 5KM . Orang ramai turut boleh menyertai aktiviti ini secara maya yang disiarkan di lawan Page Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
W.P. Labuan , 16 November 2021 - Majlis Belia Labuan (MBL) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Labuan (JBS) telah menganjurkan Webinar Kahwin Muda melalui aplikasi google meet. Webinar ini diadakan bersempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat W.P. Labuan bagi tahun 2021 pada 9 November yang lalu. Seramai 68 orang peserta di kalangan belia telah menyertai webinar ini dan ianya juga disiarkan secara langsung melalui Facebook JBS Labuan. Penceramah jemputan ialah Ust. Ahmad Sharizal bin Saffian dari Pusat Pungutan Zakat Labuan. Pelaksanaan webinar ini diharap dapat membuka minda para peserta berkaitan cabaran dan persediaan anak muda di dalam mendepani alam perkahwinan di usia muda..#DekadIniDekadAnda#JBSWPL#MajlisBeliaLabuan#KeluargaMalaysia
Wilayah Persekutuan Labuan , 16 November 2021 - Kelab Belia Kg Lubok Temiang Labuan (KBKLT) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Labuan (JBS) telah menganjurkan Pertandingan Bola Tampar Tertutup Kg. Lubok Temiang bertempat di Dewan Arena Bukit Kuda bersempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat W.P. Labuan 2021 pada 13 November yang lalu.Sebanyak 6 pasukan bersaing pada pertandingan yang julung kali diadakan dan ianya melibatkan pelbagai peringkat umur. Selain pertandingan , program ini juga diharap dapat mendidik komuniti mengamalkan budaya sihat disamping menerapkan pematuhan terhadap SOP dan mengamalkan norma baharu dalam cabaran hidup bersama covid-19. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh En. Mohd Raiful bin Madarun, Penolong Pengarah JBS Labuan. Semua peserta dan urusetia telah berjaya melaksanakan program ini dengan kawalan SOP yang ketat.#DekadIniDekadAnda#JBSWPL#MajlisBeliaLabuan#KeluargaMalaysia
W.P. Labuan , 16 November 2021 - Persatuan Belia Kg Sungai Lada (BELADA) dengan kerjasama Cik Nazera Roslan (Ahli Parlimen Belia Labuan) dan Jabatan Belia dan Sukan Labuan (JBS) telah menganjurkan Sutung Game Challenge bersempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat W.P. Labuan 2021 pada 13 November yang lalu. Sutung Game Challenge ini adalah adaptasi daripada filem Squid Game yang sangat popular pada tahun ini. Permainan secara maya menggunakan aplikasi Minecraft ini telah berjaya menarik minat seramai 50 orang peserta dan telah disiarkan secara langsung di laman facebook JBS Labuan.Acara perasmian telah disempurnakan oleh En Mohd Raiful bin Madarun selaku Penolong Pengarah JBS Labuan. Turut hadir En. Abdul Mutalib bin Sahari , Presiden Majlis Belia Labuan.