home button

Labuan

DEWAN KEMAS, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 11 JANUARI 2019 ~ Semalam, satu sesi Engagement telah diadakan bersama persatuan sukan di Wilayah Persekutuan Labuan. Sesi tersebut untuk memberi maklumat terkini berkenaan Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997. Sesi dimulakan dengan penyampaian maklumat oleh Ibrahim Bin Mohd Yusof, Setiausaha Bahagian Dasar, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang datang sendiri ke Wilayah Persekutuan Labuan dalam memastikan maklumat tersebut sampai kepada Ngo Sukan di Wilayah Persekutuan Labuan. Pada sesi kedua berkenaan dengan Maklumat Yang Kena Beri telah disampaikan oleh Pegawai Pesuruhjaya Sukan Negeri Sabah kepada semua yang hadir.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 11 JANUARI 2019~ Para Sukma Perak 2018 telah pun berlalu. Kejayaan atlet Para Sukma Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan turut dihargai di Majlis Penyerahan Insentif Para Sukma Perak 2018 semalam. Majlis yang dirasmikan oleh Dato' Sri Amir Haji Hussein, Pengerusi Perbadanan Labuan telah memberikan kata-kata semangat agar Sukan bagi golongan OKU dapat terus diutamakan. Seramai 5 orang atlet yang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan di temasya Para Sukma yang lalu telah menunjukan prestasi yang terbaik dan seterusnya menyumbangkan pingat kepada Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 16 JANUARI 2019 ~ Semalam, satu lawatan  kepada Zulhari Isnean daripada Jabatan atas menerima cahaya mata pada 2 Januari 2019. Rombongan ini yang diketuai oleh Mohd Hazan Bin Dahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan selaku Penaung dan Penasihat Kelab Sukan Kebajikan Jabatan bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan yang sekian lama terjalin dan seterusnya menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau.
LUBOK TEMIANG, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 16 JANUARI 2019 ~ Satu rombongan Jabatan yang diketuai oleh Mohd Hazan Bin Dahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan kepada ahli keluarga yang ditimpa musibah pada Isnin lalu. Salah seorang ahli keluarga tersebut merupakan belia yang aktif bersama persatuan dan selalu menyambut program Jabatan yang dianjurkan. Pengarah turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa petang semalam dengan harapan dapat mengurangkan sedikit bebanan yang dilalui oleh keluarga tersebut.