home button

Labuan

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 4 NOVEMBER 2019 ~ Jumaat lalu, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah diberi kepercayaan sekali lagi untuk membuat satu sesi bersama pelajar berkenaan Kecergasan di sekolah tersebut. Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau sekali lagi telah menjemput Jabatan untuk memberi seminar dan sesi kecergasan kepada pelajar PT3 mereka. Sesi selama 2 jam tersebut telah digunakan sepenuhnya bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar tersebut. Jabatan yang diketuai Cik Dayangku Rahimah Binti Pg. Hassan, Penolong Pengarah (Sukan) bersama unit Sukan pada hari tersebut telah berkongsi maklumat berkaitan

SMK 1 SMK 2 SMK 3 SMK 6
ARENA PETANQUE, KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 3 MAC 2020 ~ Satu sesi pemilihan bagi Petanque MAKSAK Labuan telah diadakan pada sabtu lalu. Seramai lebih 80 penyertaan dari Agensi-agensi kerajaan telah mendaftarkan diri bagi sesi pemilihan tersebut. Acara pemilihan ini dikelola dan diketuai oleh Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung pada 29 Februari 2020 sehingga 1 Mac 2020. 2 kategori telah dijalankan kategori Lelaki Single dan Kategori Wanita Single.
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 12 DISEMBER 2018 ~ Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Persatuan Gimnasium Rakyat Labuan telah mengadakan Bengkel "Functional Fitness" bertempat di bilik kuliah, Aras 1, Kompleks Sukan Labuan. Program sehari ini telah dikelolakan oleh Thomas yang merupakan jurulatih dari Combat Gym Labuan. Bengkel ini menerangkan beberapa fungsi kecergasan kepada semua peserta yang hadir. Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan turut menghantar penyertaan dalam mendapatkan ilmu berkenaan fungsi kecergasan sebenar. Bersama di bengkel ini, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd Hazan Bin Dahari dan pegawai Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 7 JANUARI 2019 ~ Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah memberikan mandat kepada Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dalam melaksanakan Karnival Sukan Wilayah sempena Hari Wilayah pada 23 Januari 2019. Satu lawatan tapak telah diadakan pagi ini bersama pegawai dari Majlis Sukan Wilayah, Perbadanan Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Pada hari tersebut juga, majlis Kenduri Rakyat akan turut diadakan bersama Menteri Wilayah Persekutuan. Pelbagai aktiviti sempena Karnival Sukan Wilayah telah dirancang dalam sambutan Hari Wilayah bagi tahun 2019 yang bakal dilaksanakan di Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan.