home button

Labuan

KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 3 MEI 2019 ~ Lets Get Fit@Gym yang diadakan sebanyak 10 sesi telah menamatkan sesi nya yang terakhir pada 3 mei 2019. program yang dirancang bermula Mac lalu telah mendapat sambutan kepada penggemarnya untuk menghabiskan program tersebut sebanyak 10 sesi latihan. Lebih 30 orang telah menyertai dan menamatkan program ini. Jurulatih terlatih telah dilantik bagi memberi tunjuk ajar kepada peserta serta membantu peserta memberi penerangan kecergasan kepada peserta dalam mengadakan beberapa aktiviti tambahan dalam program ini.

LGFG10 3 LGFG10 1 LGFG10 4 LGFG10 6
JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 6 MEI 2019 ~ Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan mengucapkan selamat datang kepada Mahanum Binti fauzi selaku Pengarah baru bagi tahun 2019. Beliau sebelum ini bertugas di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan telah diamanahkan memikul tanggungjawab dalam menerajui Labuan khususnya Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan untuk terus memberi perkhidmatan kepada orang awam dalam bidang yang telah ditetapkan. 
FXDT9368 VFSJ0914 FINR3478 NZTM0790
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 14 MAC 2019 ~ Fitness Together telah memulakan siri pertamanya di Stadium Kompleks Sukan Labuan. Lebih 30 orang telah mendaftarkan diri bagi menyertai program ini. Instruktur yang bertauliah telah dilantik dalam menjayakan program ini. Sebanyak 8 sesi akan dilalui oleh peserta yang bertujuan untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Program ini akan berterusan selama 8 minggu yang akan diadakan pada setiap hari rabu selepas waktu bekerja.
ft ft3 ft 1 ft 2
BILIK MESYUARAT, 12 MAC 2019 ~ Pasukan dari Jabatan Kerja Raya Labuan sentiasa membantu dalam pembangunan Kompleks Sukan Labuan. Perjumpaan bersama Pengarah, Mohd Hazzan Bin Dahari dalam membincangkan pembangunan, naiktaraf serta baikpulih Kompleks Sukan Labuan yang telah berusia lebih 30 tahun yang masih lagi digunakan oelah orang ramai. Pasukan dari Jabatan Kerja Raya tersebut akan menghantar pasukan forensik untuk memeriksa kawasan kompleks sukan seluas 50 ekar ini.

IMG 3391 IMG 3392  OYSW9562