home button

Labuan

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 5 MAC 2019 ~ Dalam membantu belia masa kini, satu program Y Career "Kursus Asas Membaiki Telefon" telah bermula pada sabtu yang lalu. Program yang disertai seramai 32 orang ini akan berterusan pada setiap hujung minggu yang memberi pelunag kepada belia mengenai asas pembaikan telefon pintar yang berpotensi menjadi sumber pandapatan dan keusahawanan belia itu sendiri.

BEFO4802 CFYD9971 HFVC8725 NBPT6361
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 7 MAC 2019 ~ Anugerah Perdana Belia Negara 2019 adalah bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan di atas pencapaian warga belia bersama masyarakat dalam pelbagai bidang bersama komuniti tersebut. Satu majlis penilaian Anugerah Belia Negara peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan bermula 5 Mac 2019 dan berakhir semalam selepas panel penilai membuat lawatan ke Pertubuhan Belia yang bertanding bagi penganugerahan tersebut. Sebanyak 4 pertubuhan belia telah mengikuti penilaian pada kali ini.Manakala 8 individu bertanding bagi kategori Individu lelaki dan wanita bagi peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2019.

BIZI6603 IWYC6735
KAMPUNG TANJUNG ARU, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 7 MAC 2019 ~ Dalam memastikan perjalanan perancangan program berjalan dengan lancar, pasukan Jabatan telah mengunjungi tapak perlaksanaan bersama Pengerusi Belia dan Ketua Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan di samping membincangkan beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam menjayakan Sukan Luar Bandar siri satu di kampung tersebut. Lawatan kawasan ini yang diketuai oleh Cik Dayangku Rahimah Bt Pg. Hassan, Penolong Pengarah Sukan bersama bahagian pembangunan sukan jabatan telah meneliti dan mengambil kira semua aspek dalam perlaksanaan program tersebut yang dijangka diadakan pada 23 Mac 2019. Dengan keakraban jabatan bersama ketua kampung diseluruh Wilayah Persekutuan ini, segala urusan bersama dapat dipermudahkan dalam menjayakan program-program jabatan seperti yang lalu.
1 1 1 2
BILIK MESYUARAT, 8  MAC 2019 ~ Dalam pelaksanaan Sukan Wanita dan Veteran peringkat Wilayah Persekutuan Labuan, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan yang dipengerusikan oleh Puan Bazlina Bte Bakri, penolong pengarah belia yang turut dihadiri oleh ketua kampung yang terpilih, agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dan juga pengersui belia kampung terlibat. Sebanyal 3 siri di 3 lokasi berbeza dalam perlaksanaan sukan ini disamping pelbagai aktiviti yang dirancang mengikut kesesuaian lokasi perlaksanaan.

IMG 3380 IMG 3381 IMG 3382