home button

Labuan

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 12 JANUARI 2022 ~ Mesyuarat Agung Persatuan Bola Tampar Amator W.P. Labuan bagi sesi 2021-2023 telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Disember 2021 di Fisherman Wharf, Paragon Labuan. Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Berhormat Senator Datuk Hj. Bashir Bin Hj. Alias, Ahli Dewan Negara serta merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan dan Encik Raiful Madarun selaku Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P Labuan. Berikut merupakan Ahli Jawatankuasa Baharu bagi sesi 2021-2023.Pihak persatuan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2019-2021 atas sumbangan dan khidmat bakti dalam memajukan sukan bola tampar di W.P. Labuan. Semoga Ahli Jawatankuasa Baharu bagi sesi 2021-2023 dapat meneruskan tanggungjawab dan amanah dalam membangunkan serta mencungkil bakat-bakat orang muda di Labuan dalam sukan bola tampar. "KEEP THE BALL FLYING""BIARKAN BOLA TERUS TERBANG""KE ARAH SUKAN KECEMERLANGAN BOLA TAMPAR 1 MALAYSIA"
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 12 JANUARI 2022 ~ Telah berlangsung sesi Pemilihan Pemain Bola Sepak bawah 21 Tahun Sabah Zon W.P. Labuan di padang Sintetik Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan. Sesi pemilihan ini adalah hasil usaha dan kerjasama di antara LAFA Labuan Football Association - LAFA dan SAFA Persatuan Bola Sepak Sabah - SAFA. bagi mencari dan seterusnya memilih bakat-bakat muda dalam Sukan Bola Sepak khususnya di Sabah dan W.P. Labuan.Seramai 30 pemain bola sepak bawah umur 21 W.P. Labuan diberi peluang untuk memperlihatkan kebolehan dan kemahiran bermain bola sepak mereka untuk di pilih menyertai Latihan Bola Sepak U21 pasukan Sabah yang dijangka akan diadakan pada minggu hadapan di Kompleks Sukan Likas.Sesi pemilihan tersebut telah dihadiri sendiri oleh Presiden LAFA serta barisan pengurusan LAFA. Manakala barisan pemilih dan kejurulatihan telah dikendalikan oleh Ketua Jurulatih pasukan Bawah 21 Tahun Sabah, Jelius Ating dibantu oleh penolong jurulatih, Burhan Ajui, jurulatih penjaga gol, Jasrih Jabidin @ Jerry dan Ketua Panel Pemilih (Scouting Team) diketuai Matlan Marjan.Tahniah kepada Presiden dan barisan pengurusan LAFA atas usaha menempatkan W.P. Labuan di antara Zon pemilihan pemain Skuad Bola Sepak Bawah 21 Tahun Sabah.Semoga kerjasama di antara LAFA dan SAFA ini terus kekal dalam usaha berterusan untuk mengenal pasti dan mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan bola sepak dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan sukan bola sepak Negara seluruhnya.#JBSWPL#LAFA#SAFA
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 29 NOVEMBER 2021 ~ MYFIT@COMMUNITY 2021 melabuhkan tirainya selepas 5 siri dengan jayanya telah dilaksanakan. Program secara Hybrid ini telah diadakan bermula Oktober yang lalu. Program yang diadakan julung kalinya secara Hybrid ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Hanya berbaki Acara Virtual Run yang sedang berlangsung dan akan tamat pada 30 November ini.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 29 NOVEMBER 2021YBhg. Dato’ Dr. Hajah. Wasitah Haji Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah membuat kunjungan ke Wilayah Persekutuan Labuan dalam lawatan rasmi beliau untuk menghadiri beberapa program di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan. Pagi tadi, beliau telah meluangkan masa ke Program Memanah Tradisional yang diadakan di padang memanah Kampung Sungai Labu dan seterusnya merasmikan program tersebut. Pelaksanaan program seumpama ini dilihat dapat menggalakkan masyarakat dalam memanfaatkan masa dengan aktiviti terancang dan berkualiti mengikut kecenderungan masing-masing selaras dengan semangat Sukan Untuk Semua.YBhg. Dato’ Dr. turut turun menyaksikan pelaksanaan latihan Kem Badminton KBS dengan kerjasama Nusa Mahsuri bersama lagenda Negara Datuk Dr. Haji Misbun Sidek serta pasukan Jurulatih Nusa Mahsuri dalam melatih peserta pada kali ini. Kem ini dilaksanakan bagi tujuan pembudayaan sukan badminton sekaligus pencarian bakat di peringkat akar umbi. YBhg. Dato’ Dr.YBhg. Dato’ Dr. seterusnya akan menghadiri Majlis Perundingan Belia Negeri peringkat Wilayah Persekutuan Labuan dan pada petang ini bagi mendengar sendiri usul yang dibawa oleh Majlis Belia Labuan bersama NGO Belia bagi tujuan pembangunan belia.Kunjungan beliau ke WP Labuan untuk melihat sendiri pembangunan belia dan sukan di peringkat bawah dan bertemu dengan pemegang taruh amat memberi makna kepada masyarakat setempat dan agenda pembangunan belia dan sukan negara.#TeamJBSN#BeliaSejahtera#SukanUntukSemua#KeluargaMalaysia