Labuan
SUKAN WANITA & VETERAN SIRI 1/2019
- Butiran
- Pentadbir JBS Labuan
- Jumlah paparan: 1194
PADANG BATU MANIKAR, 1 APRIL 2019 ~ Semalam berlangsungnya Program Sukan Wanita & veteran Siri 1 yang diadakan di Padang Batu Manikar. Pelbagai aktiviti telah diadakan bermula 8.00 pagi. Komunit Kampung yang diketuai MPKK (Majlis Perwakilan Komuniti Kampung) tersebut telah memberi sokongan padu dalam menjayakan sukan tersebut. Acara dimulakan dengan ceramah oleh Jabatan Kesihatan Labuan disamping pameran dan pemeriksaan dari agensi tersebut. Akviti yang menarik ramai peserta ialah hiking Bukit Kubong yang dimulakan pada sebelah petang yang disertai lebih 300 orang. Program ini akan diteruskan pada siri ke 2 pada 7 April 2019 di Kampung Bukit Kuda. Acara penutup pada sebelah petang tersebut turut meriah dengan menampilkan Instruktur Kecergasan kelahiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi acara Zumba Sunset.

HARI BELIA NEGARA W.P.LABUAN 2019
- Butiran
- Pentadbir JBS Labuan
- Jumlah paparan: 425
BILIK MESYUARAT, JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 3 APRIL 2019 ~ Dalam pelaksanaan Hari Belia Negara peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bagi tahun 2019, satu mesyuarat penyelarasan dalaman Jabatan telah diadakan semalam. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Bazlina Bte Bakri, Penolong Pengarah Belia telah membuka ruang kepada semua pegawai dan kakitangan untuk menyumbangkan idea bagi memantapkan lagi sambutan tersebut pada tahun ini. Disamping itu juga, pengagihan tugas kepada semua pegawai dan kakitangan turut diadakan bagi memulakan gerak kerja awal untuk sambutan tersebut.
HARI BELIA NEGARA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN 2019
- Butiran
- Pentadbir JBS Labuan
- Jumlah paparan: 319
UJANA KEWANGAN, 1 MEI 2019 ~ Hari Belia Negara peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan pada 1 Mei yang lalu bertempat di Ujana Kewangan Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis sambutan adalah bagi meraihkan belia-belia Malaysia umumnya dan khususnya belia di pulau ini dalam memberi penghargaan kepada mereka yang telah bersama-sama dengan kerajaan dalam menjayakan agenda negara. 6 Pemenang bagi setiap kategori telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Rozman Bin Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen Labuan dan seterusnya merasmikan sambutan hari belia peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.

KEKAL CERGAS DENGAN FIT MALAYSIA@COMMUNITY
- Butiran
- Pentadbir JBS Labuan
- Jumlah paparan: 299
UJANA KEWANGAN, 1 MEI 2019 ~ Dalam mengekalkan gaya hidup sihat dengan penglibatan pelbagai kaum, program Fit Malaysia@Community diadakan pada 1 Mei yang lalu di pentas anggerik, Ujana Kewangan. Aerobik Ton 90 minit telah diadakan pada pagi tersebut bermula tepat 8.00 pagi yang diketuai oleh 2 instruktur senamrobik dalam meneruskan 90 minit setersunya.