home button

Labuan

PULAU 3, SABAH, 22 MAC 2019 ~ Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 (KPO1) telah berlangsung dan akan berakhir pada 24 Mac 2019. Program yang disertai oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan dan Pertubuhan Belia itu telah mengumpulkan seramai 49 orang peserta bagi menjayakan program tersebut. Pengarah, Mohd Hazan Bin Dahari turut hadir bersama bagi menyokong program pembangunan belia itu sendiri. Program ini merupakan program terakhir beliau bersama pertubuhan belia Wilayah Persekutuan Labuan sebelum beliau bertugas di tempat baru.

KPO 2 
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 22 MAC 2019 ~  Let's Get Fit@Gym telah memulakan sesi pertamanya di Stadium Kompleks Sukan Labuan. Penyertaan yang mendapat sambutan tersebut telah disertai lebih 50 orang penggemar sukan kecergasan di Wilayah Persekutuan Labuan. Bersama intruktur berpengalaman kelahiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, program ini berjalan dengan lancar dan akan berterusan sebelum ramadan tiba.

LGF siri 1 2
KAMPUNG TANJUNG ARU, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 23 MAC 2019 ~  Sukan Luar Bandar peingkat Wilayah Persekutuan Labuan telah memulakan siri pertamanya di Kampung Tanjung Aru, Wilayah Persekutuan Labuan. Pelbagai aktiviti yang melibatkan komuniti kampung bagi acara sukan dan sukan tradisional diadakan sepanjang hari tersebut. Peserta yang mewakili kampung masing-masing telah menunjukkan semangat sukan yang tinggi sekaligus telah menjayakan program sukan luar bandar ini.

Luar bandar 1 2 
PULAU 3, SABAH , 24 MAC 2019 ~ Program kepimpinan Organisasi Tahap 1 telah berakhir hari ini dengan penyertaan 49 orang dari pertubuhan belia Wilayah Persekutuan Labuan.  Majlis Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Bazlina Bte Bakri, Penolong Pengarah Belia mewakili pengarah bagi majlis tersebut. Program yang bermula sejak jumaat lalu telah memberi impak kepada peserta yang merupakan ahli jawatankuasa tertinggi  mewakili pertubuhan belia masing-masing.