home button

Labuan

LUBOK TEMIANG, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 16 JANUARI 2019 ~ Satu rombongan Jabatan yang diketuai oleh Mohd Hazan Bin Dahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan kepada ahli keluarga yang ditimpa musibah pada Isnin lalu. Salah seorang ahli keluarga tersebut merupakan belia yang aktif bersama persatuan dan selalu menyambut program Jabatan yang dianjurkan. Pengarah turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa petang semalam dengan harapan dapat mengurangkan sedikit bebanan yang dilalui oleh keluarga tersebut.
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 22 JANUARI 2019 ~ Dalam menyambut Hari Wilayah bagi tahun 2019, Jabatan tidak ketinggalan dalam membuat persiapan memasang bendera di sekitar Kompleks Sukan Labuan bagi Sambutan Hari Wilayah pada 1 Februari nanti. Pegawai turut turun padang bersama dalam memasang bendera tersebut tanda sokongan Jabatan untuk sambutan tersebut. Pelbagai aktiviti juga akan diadakan sempena sambutan Hari Wilayah pada kali ini.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 22 JANUARI 2019 ~ Jumaat lalu, 18 Januari 2019 Ybhg. Datuk Hjh Hatipah Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara telah membuat lawatan ke Kompleks Sukan Labuan. Ybhg turut melawat beberapa kemudahan yang ada di Kompleks Sukan Labuan. Ybhg dapat meluangkan masa ke Galeri Sukan Labuan yang mempamerkan kejayaan anak kelahiran Labuan dalam Arena Sukan yang mengharumkan nama Labuan dan Negara dalam bidang sukan masing-masing. Beliau turut berkesempatan bersama pegawai dan kakitangan Jabatan dalam perhimpunan Suku Tahun ke 4 2018 dan menyampaikan anugerah kepada penerima disamping beramah mesra dengan pegawai,kakitangan dan pekerja Kontraktor Kompleks Sukan Labuan.
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 22 JANUARI 2019 ~ Sabtu lalu, sekali lagi Jabatan Belia dan Sukan W.P.Labuan telah diberi kepercayaan atas kepakaran dan kebolehan pegawai dalam melaksanakan Team Building bagi agensi kerajaan. Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah telah menggunakan Khidmat dari Jabatan Belia dan Sukan bagi program team building bagi agensi tersebut. Program yang diadakan seharian telah disertai oleh 46 Pegawai dan kakitangandari Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah. Seramai 4 orang pegawai yang dilantik telah menjalankan amanah yang diberi.