home button

Labuan

KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 5 SEPTEMBER 2019 ~ Program dibawah Cawangan Kecergasan Lets Get Fit@KBS Siri 1 bagi sesi 1 telah bermula semalam di My Park, Kompleks Sukan Labuan. Lebih 30 orang peserta telah mendaftarkan diri dan mengikuti aktiviti kecergasan selama 1 jam lebih bersama dengan instruktur yang dilantik dan berkelayakan. Program yang akan diadakan pada setiap hari rabu ini akan diteruskan dengan 9 sesi lagi di tempat yang sama.

Siri 1 2 Siri 1 3 Siri 1 4 Siri 1 6
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 19 SEPTEMBER 2019 ~ Majlis sambutan pasukan Ragbi Wanita Bawah 20 tahun telah diadakan di Lapangan Terbang Labuan yang telah menjuarai pertandingan kebangsaan pada 14-15 September 2019 yang lalu. Sekaligus salah seorang pemain Wilayah Persekutuan Labuan turut dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan tersebut. Majlis sambutan yang diadakan secara sederhana tersebut adalah menghargai kejayaan pasukan tersebut dalam mengharumi nama Wilayah Persekutuan Labuan khususnya. Turut bersama di majlis sambutan tersebut Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan bersama pasukan jabatan.
rg 1 1 rg 1 2 rg 1 3 rg 1 5
KOMPLEKS SUKAN LABUAN,  19 SEPTEMBER 2019 ~ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Labuan telah mengadakan Ujian Kecergasan kepada semua pegawai dan kakitangannya bermula pada 11 September yang lalu dan sesi kedua pada 18 September 2019 di Kompleks Sukan Labuan. Pihak JPJ mendapatkan khidmat bantuan penguji dari Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dalam membuat Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) kepada lebih 40 orang pegawai jabatan tersebut.

jpj 1 jpj 2 jpj 3 jpj 4
KOMPLEKS SUKAN LABUAN, 19 SEPTEMBER 2019 ~ Program Kecergasan Lets Get Fit@KBS Siri 1 Sesi 3 bagi "10 Session Workout" telah berlangsung semalam di My Park, Kompleks Sukan Labuan. Program yang diketuai oleh jurulatih kelahiran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah mengadakan 1 jam 30 minit sesi bersama lebih 30 orang peserta sekitar Wilayah Persekutuan Labuan. Program bagi siri 1 ini akan berterusan sehingga 10 sesi pada setiap hari rabu di Kompleks Sukan Labuan.
LGF 1 1 LGF 1 2 LGF 1 3 LGF 1 5