home button

Labuan

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 3 SEPTEMBER 2019 ~ Program sihat dibawah cawangan kecergasan JOM Aerofits@JBS siri ke 3 telah diadakan pada 1 September yang lalu bertempat di Medan Selera Labuan. Program yang menjadi pilihan dan penggemar senamrobik mahupun zumba telah dihadiri seramai 50 orang dalam perlaksanaan kali ini. Program percuma ini adalah bertujuan menggalakkan semua penggemar  senamrobik atau kecergasan agar terus bergiat aktif dalam perlaksanaan aktiviti kecergasan.
Jom Aerofitsjbs Siri 3 15 jom aerofits 3 3 jom aerofits 3 4 
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 3 SEPTEMBER 2019 ~ Sebulan berlalu, Program Agrotech Cawangan Ekonomi Wilayah Persekutuan Labuan menampakkan hasilnya. Program yang diadakan pada ogos lalu telah memberikan impak yang positif dengan hasil tanaman dan perkembangan tanaman yang dilaksanakan pada bulan lalu. Peserta terus memberi pengawasan kepada tanaman mereka dan sering berkunjung dalam menampakan hasil mengikuti program tersebut.
aGRO 2 aGRO 3 aGRO 4
Kompleks Sukan Labuan, 5 September 2019 ~ Satu latihan kebakaran yang melibatkan pegawai dan kakitangan serta semua pekerja-pekerja warga kompleks Sukan Labuan telah dilaksanakan semalam. Perkongsian ilmu daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Labuan telah dikongsikan kepada semua warga Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Demonstrasi memadamkan kebakaran turut dilaksanakan dengan pendedahan menggunakan alat pemadam api yang sediaada di Kompleks Sukan Labuan.
LKB 2 LKB 3 LKB 4 LKB 5
JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 5 SEPTEMBER 2019 ~ Satu mesyuarat penyelarasan bagi program Sukan Luar Bandar dan Sukan PPR yang akan diadakan pada oktober ini bersama dengan beberapa agensi kerajaan dan ngo komuniti setempat. Pelbagai aktiviti telah dirancang dalam melibatkan semua komuniti setempat dalam bergiat aktif bagi acara sukan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah membincangkan isu dalam melancarkan lagi perlaksanaan program tersebut.

PPR 2 PPR 3 PPR 4 PPR 5