home button

Labuan

 
𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗞𝗦 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡, 𝟮𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟮 - Seramai 30 orang pelajar tahfiz daripada Madrasah Tahfiz Abqori Labuan telah mengikuti Program Pembangunan Belia Tahfiz yang dianjurkan oleh Unit Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan (JBS).
Para peserta telah didedahkan dengan asas mengendalikan kayak, peraturan dan asas permainan futsal serta aktiviti berbasikal.
Objektif utama pelaksanaan program ini adalah bagi membimbing para pelajar tentang kepentingan aktiviti sukan yang sihat dan mengimbangi sesi pembelajaran yang padat.
Semoga program seumpama ini akan melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam kalangan masyarakat Islam khususnya belia tahfiz pada masa akan datang.
 
 
𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗘𝗞𝗦 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗕𝗨𝗔𝗡, 𝟲 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟮 - Selaras dengan Dasar Belia Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan juga tidak meminggirkan kehadiran belia tahfiz di kalangan belia Labuan.
Oleh yang demikian, JBS Labuan telah melaksanakan Program Belia Tahfiz (Futsal) bersama 25 orang pelajar dan pengajar dari Sekolah Tahfiz Sri Merinding bertempat di Kompleks Sukan Labuan. Turut hadir dalam program ini ialah Ustaz Haji Arif bin Aliskah (Pengetua) dan En. Zulhairi Bin Isnean (Pegawai Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah JBS).
Untuk rekod, sebelum ini juga JBS Labuan telah melaksanakan pelbagai aktiviti untuk pelajar-pelajar tahfiz seperti perlawanan persahabatan bola sepak, memanah, berkayak dan semestinya akan diteruskan dengan pelbagai lagi aktiviti yang lain pada masa hadapan.
Selain itu aktiviti dan program yang diberikan kepada belia tahfiz bertujuan mengarusperdana pembangunan belia tahfiz dan melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam kalangan masyarakat Islam khususnya belia untuk memimpin dan mengurus negara dengan baik sebagaimana yang pernah dibincangkan oleh pihak Majlis Belia Malaysia dan para penggiat sekolah tahfiz dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
 
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN , 28 Januari 2022 - Satu sesi perbincangan telah diadakan oleh Bahagian Pembangunan Belia pada 26 Januari yang lalu , Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan (JBS) bersama AJK tertinggi Persatuan Belia dan Beliawanis Bukit Kuda (PBBBK) bagi menyelaraskan pelaksanaan Program Youth Urban Farming (YUF).Objektif utama Program YUF ini adalah sebagai medium dan pusat kegiatan belia tani bagi mendidik, meningkatkan daya saing, kreativiti dan kemahiran menggunakan teknologi pertanian moden selain sebagai sebuah inisiatif bagi mewujudkan pusat rujukan belia dalam bidang pertanian di pulau ini.Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd. Raiful bin Madarun, Penolong pengarah 1 JBS W.P. Labuan. Turut hadir En. Muhammad Khairul Hazwan bin Kunal, Pengerusi PBBBK.