Labuan
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
- Butiran
- Pentadbir JBS Labuan
- Jumlah paparan: 48

W.P. Labuan, 6 April 2022 - Bulan suci Ramadhan yang ditunggu-tunggu telah tiba. Di bulan suci yang penuh berkah ini, umat Islam di seluruh dunia berlumba-lumba mengumpulkan pahala dengan berbuat kebaikan dan memperbanyak amal ibadah. Salah satu ibadah yang paling dianjurkan untuk diamalkan di bulan Ramadhan adalah tadarus Al-Quran.
Justeru itu, Bahagian Rakan Muda, JBS Labuan telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran bermula hari ini bagi mengimarahkan lagi aktiviti sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.
Seramai 20 orang anak muda akan menghabiskan 30 juzuk bacaan Al-Quran dengan bimbingan 2 org pengajar dari SMK Mutiara Labuan.
Program ini akan diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran yang akan diadakan pada penghujung bulan Ramadhan ini.
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐ ๐ง๐๐ก๐๐จ๐ก๐ ๐๐ฅ๐จ (๐๐๐ง๐๐ฅ๐จ) ๐๐ก๐๐จ๐ฅ ๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐จ๐ก๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐๐ก (๐ ๐๐ง) ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฎ
- Butiran
- Pentadbir JBS Labuan
- Jumlah paparan: 52

Kg. Tanjung Aru, 1 April 2022 - Peralihan ke fasa endemik Covid-19 telah membuka ruang kepada KATARU bagi melaksanakan MAT secara bersemuka pada tahun ini.
Semoga MAT kali ini akan menjadi titik permulaan kepada KATARU untuk bergiat aktif semula setelah lebih 2 tahun bergerak perlahan dalam menjalankan aktiviti di peringkat komuniti.
MAT ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Bhg. Pembangunan Belia JBS W.P. Labuan. Turut hadir En. Abd. Mutalib bin Sahari (Presiden MBL), dan barisan Exco MBL.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
- Butiran
- Pentadbir JBS Labuan
- Jumlah paparan: 60

W.P. Labuan, 31 March 2022 - Majlis Belia Labuan (MBL) dan Jabatan Belia & Sukan Labuan (JBS) telah menghadiri jemputan sebagai pemerhati MAT daripada 5 pertubuhan belia di sekitar pulau ini.
Persatuan yang terlibat terdiri daripada Kelab Belia Inspirasi Labuan, Kelab Belia Kg. Patau-Patau 1, Kelab Belia Kg. Patau-Patau 2, Kelab Belia Kg. Sungai Labu dan Kelab Belia Kg. Lubuk Temiang.
Turut hadir merasmikan MAT kali ini ialah En. Mohammad Syahffie bin Hj. Japril (Pengarah JBS), diiringi En. Abd. Mutalib bin Sahari (Presiden MBL) serta pegawai JBS dan barisan Exco MBL.
๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ (๐๐ฃ๐๐ก) ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ช.๐ฃ. ๐๐๐๐จ๐๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฎ
- Butiran
- Pentadbir JBS Labuan
- Jumlah paparan: 37

Labuan, 29 Mac 2022 - Seramai 6 orang peserta telah mengikuti Penilaian APBN 2022 peringkat W.P. Labuan bertempat di Kompleks Sukan Labuan bagi Kategori Individu (Lelaki & Wanita).
Bagi kategori Pertubuhan, penilaian telah dilaksanakan lebih awal pada 26 Mac 2022 di Wisma Perbadanan Labuan melibatkan 2 persatuan yang berjaya ke peringkat akhir.
Panel penilai terdiri daripada juri yang berpengalaman dari Universiti Malaysia Sabah, Perbadanan Labuan, Jabatan Pendidikan, Jabatan Penerangan, Giatmara dan Mantan Presiden Majlis Belia Labuan.
Para pemenang akan mewakili Labuan ke penilaian APBN peringkat kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada bulan April 2022.