home button

Labuan

W.P. Labuan, 4 Jun 2022 ~ Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dengan kerjasama erat Perbadanan Labuan, Majlis Sukan Labuan dan Persatuan Bola Sepak WP Labuan (LAFA) telah melaksanakan Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat W. P. Labuan (Futsal (Lelaki dan Wanita) hari ini di Gelanggang Futsal Tanjung Purun W.P. Labuan. Pertandingan disertai 32 pasukan lelaki dan 5 pasukan wanita.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Haji Bashir Bin Haji Alias, Ahli Dewan Negara dan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan W. P. Labuan, En. Mohamad Syahffie Bin Hj. Japril, turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak W. P. Labuan, En Sophian Bin Said, En. Mohamad Syazli Bin Rusli, Penolong Pengarah, Khidmat Pengurusan, Perbadanan Labuan dan En. Mohd. Dzulfaizal Bin Ab. Manan.
Johan bagi kedua-dua acara ini akan mewakili Wilayah Persekutuan Labuan ke Malaysia Sport League Peringkat Kebangsaan.
Selain dari Futsal, terdapat 4 lagi acara lain yang akan dilaksanakan secara berterusan iaitu Bola Jaring, Badminton, Sepak Takraw dan Bola Keranjang.
LABUAN, 7 Jun - Pasukan STAR JBSWPL meneruskan aksi cemerlang dalam siri perlawanan persahabatan bola sepak dengan melayan kunjungan KONOHA FC malam tadi di Padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan.
KONOHA FC yang dibarisi belia-belia daripada Kampung Sungai Bedaun ternyata mengawal rentak dari awal permainan namun barisan pemain STAR JBSWPL tetap tenang menyerap tekanan dan perlawanan berkesudahan dengan keputusan memihak kepada STAR JBSWPL 3-0. Difahamkan pasukan KONOHA FC dalam rangka persiapan untuk menghantar pasukan untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Program Aktif @ Sukan Luar Bandar Peringkat WP Labuan yang akan diadakan di Padang Majal, Kampung Pohon Batu hujung minggu ini.
Turut beraksi dalam perlawanan tersebut adalah Penolong Pengarah I, Encik Mohd. Raiful bin Madarun dan Pengurus Kompleks, Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini.
LABUAN, 14 Jun - Pasukan All-Star JBSWPL akan melangsungkan satu perlawanan persahabatan amal bola sepak menentang pasukan Gabungan Belia Pohon Batu (GABPOBA) jam 8.00 malam ini di Padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan.
Objektif perlawanan persahabatan amal ini adalah bagi membuat kutipan amal untuk membantu rawatan perubatan Encik Junaidi bin Tuah, bekas pemain WP Labuan yang sedang uzur.
Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Encik Mohammad Syahffiee bin Haji Japril beliau akan turut sama dalam perlawanan tersebut bersama dengan Presiden Labuan Football Association - LAFA, Encik Sophian bin Said dan ketua-ketua agensi yang lain.
Semoga dengan inisiatif begini dapat membantu meringankan sedikit sebanyak beban Encik Junaidi Tuah dan keluarga.
Ingin tau mengenai Youth Digital Ekonomi?
Mau tambah ilmu berniaga menggunakan digital?
Mau cari kursus Percuma tapi penceramah Mantap?
*Jom belia-belia Labuan* SILA DAFTARKAN DIRI ANDA SEBAGAI PESERTA!!
10 Siri bermula 24 Jun 2022 (setiap Jumaat / jam 8.00 malam) 1 jam saja tapi banyak ilmu boleh dapat…
Inilah yang kami ingin kongsikan wahai semua *Usahawan Digital* semua!!!!
JANGAN BUANG MASA❗❗❗
💻 Link Pendaftaran
📲Link Whatsapp Group bagi mendapatkan infomasi dan link google meet
TAJUK: *WEBINAR YOUTH DIGITAL SIRI 1: *PERNIAGAAN DIGITAL ERA ENDEMIK*
TARIKH: *24 JUN 2022 (JUMAAT)* / *Siri 1*
MASA: *8.00 MALAM*
SPEAKER: *ENCIK SAMSULBAHRI MOHD NASIR*