KOTA KINABALU, 22 MEI 2022 - Team JBSN turut bersama meriahkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Sabah bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) bermula 20 hingga 22 Mei 2022.

Dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Team JBSN memainkan peranan melalui penganjuran aktiviti sukan rakyat yang mendapat sambutan hangat pengunjung antaranya congkak, dam "haji", batu seremban dan sebagainya.

Selain itu, Team JBSN turut membuat pameran dan penerangan berkaitan JBSN melibatkan fungsi, peranan dan penganjuran program dan aktiviti di seluruh negara.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, Team JBSN akan terus komited menyokong Jelajah AKM di seluruh negara melalui sokongan penganjuran aktiviti mengikut kesesuaian setempat.

"Menerusi inisiatif seperti ini, ia dapat mempromosikan JBSN selaku jabatan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang aktif menjalankan peranan dan fungsi di peringkat akar umbi terutamanya melalui penganjuran program dan aktiviti.

Team JBSN telah diketuai oleh Penolong Pengarah, Pejabat Ketua Pengarah JBSN, Encik Fadzil Hadri Mohd Nawawi. 

Ditulis oleh: Media JBSN