PUTRAJAYA, 9 JUN 2022 - Sukan Malaysia XX MSN 2022 akan dianjurkan pada 16 hingga 24 September setelah ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19. Manakala Para SUKMA pula akan dianjurkan pada 1 hingga 6 November 2022.

Bagi edisi kali ini, sebanyak 31 jenis sukan dipertandingkan membabitkan penyertaan sebanyak 445 acara. Sukan Malaysia kali ke-20 ini juga akan menyaksikan penganjuran dua sukan demonstrasi iaitu silambam dan kabbadi.

Jemputan kepada kontinjen negeri telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu bertempat di Menara KBS sempena "Detik 100 Hari Sukan Malaysia XX MSN 2022"

Penganjuran kali ini dijangka mengumpulkan ribuan atlet bagi bersaing di beberapa venue di sekitar Lembah Klang.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Ketua Setiausaha KBS, Dato' Jana Santhiran Muniayan dan pengurusan tertinggi KBS.

Hadir sama, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad.

Ditulis oleh: Media JBSN