SETAPAK, 4 JUN 2022 - Selaras dengan inisiatif Pemerkasaan Wanita Dalam Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menganjurkan Women Sports Challenge (WSC) bertempat di Kompleks Sukan SkyArena, Setapak.

Program bercorakkan karnival sukan ini dianjurkan khusus buat wanita dengan menaruhkan beberapa kejohanan sukan merangkumi bola jaring, futsal dan bola tampar.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, JBSN akan mendukung tinggi aspirasi yang terkandung di bawah Pelan Pemerkasaan Wanita dalam Sukan sepertimana yang dilancarkan YAB Perdana Menteri pada Oktober 2022.

"Keterlibatan wanita dalam program dan aktiviti anjuran JBSN termasuklah di peringkat negeri dan daerah adalah signifikan di dalam memastikan agenda ini direalisasikan di samping menjayakan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat," tambah beliau.

Majlis perasmian telah disempurnakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) JBSN, Encik Sabran Abd. Bahar.

Ditulis oleh: Media JBSN