TAMBUN, 5 JUN 2022 - Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu turun padang merasmikan Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Kinta bertempat di X Park Sunway City, Tambun.

Kejohanan yang dianjurkan menaruhkan kejuaraan bagi acara futsal, bola jaring dan bola keranjang 3 x 3 bagi mencari wakil daerah ke peringkat negeri Perak yang dijadualkan Julai depan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal, MSL merupakan sebuah inisiatif di bawah KBS dengan tujuan menggerakkan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.

"Malaysia Sports League merupakan sebuah program berstruktur yang dijalankan secara berperingkat bermula di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan," tambah beliau.

Program turut diserikan dengan pelbagai pengisian seperti senamrobik, demo basikal lasak dan banyak lagi.

Turut hadir, Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad dan Ketua Polis Perak, Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid.

Ditulis oleh: Media JBSN