CHERAS, 24 MEI 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) komited memperkasakan pembangunan bakat baharu di peringkat akar umbi menerusi pelaksanaan program sukan untuk semua.

Program yang dirangka oleh JBSN adalah mengikut hala tuju dan aspirasi yang ditetapkan pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Bagi memastikan kelancaran program baharu pembangunan bakat, JBSN telah menganjurkan bengkel khusus bagi meneliti dan memperincikan gerak kerja pelaksanaan terutamanya melibatkan aspek teknikal.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, program baharu kelak merupakan kerjasama strategik di antara KBS menerusi JBSN dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Seperti yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu, satu program pembangunan bakat baharu dengan kerjasama KPM akan digerakkan seterusnya menjadi medan terbaik pengumpulan bakat (pool of talent)," ujar beliau.

Turut hadir, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), Encik Sabran Abd Bahar.

Ditulis oleh: Media JBSN