SEMENYIH, 12 JUN 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Lembaga Pendidikan Kanu Malaysia, Persatuan Kanu Selangor dan Kelab Sukan Rekreasi Integrasi Mega telah menganjurkan Kursus Asas Bintang Satu bermula 10 hingga 12 Jun 2022.

Dianjurkan di AsiaCamp Ulu Semenyih, seramai 30 peserta terlibat dengan beberapa pengisian kursus merangkumi pembelajaran secara teori dan praktikal.

Menurut Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Encik Nor Azli Daud, program ini merupakan sebahagian daripada siri pelaksanaan program di bawah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi yang bertujuan membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

"Kursus ini merupakan pengisian di bawah disiplin sukan air yang menawarkan anugerah bintang satu seterusnya melayakkan peserta untuk mendapat bintang yang lebih tinggi di masa hadapan," tambah beliau.

Majlis penutup turut dihadiri Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi, Encik Tony Azman.

Ditulis oleh: Media JBSN