PUTRAJAYA, 3 JUN 2022 - Sempena "World Bicycle Day" pada 3 Jun, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah menganjurkan sesi kayuhan santai sejauh 10 km di sekitar Putrajaya.

Sesi ini dianjurkan secara santai di mana pelepasan telah disempurnakan Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), Encik Sabran Abd Bahar.

Menurut Encik Sabran, sesi ini amat bertepatan dengan hasrat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di dalam usaha membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

"Selain itu, sesi ini juga menyokong hasrat kerajaan di dalam menerapkan amalan gaya hidup sihat dan aktif seterusnya menyokong Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)," tambah beliau.

Turut hadir, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, Puan Ratnasari Abdul Razak dan warga kerja KBS dan JBSN.

Ditulis oleh: Media JBSN