PUTRAJAYA, 8 JUN 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sentiasa menerapkan amalan gaya hidup sihat dan aktif terutamanya dalam kalangan warga kerja termasuklah di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah.

Bagi menjayakan hasrat membudayakan sukan, JBSN telah menganjurkan aktiviti berbasikal atau larian di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya khusus untuk warga kerja pada setiap hari Rabu secara mingguan.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, program berbasikal atau larian santai ini diadakan bagi memberikan ruang buat warga kerja mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

"JBSN sentiasa menerapkan konsep work-life balance dalam kalangan warga kerja agar tanggungawab kerja dapat diseimbangkan dengan aktiviti bersukan demi mengekalkan kesihatan," ujar beliau.

Program yang diadakan ini turut terbuka bagi orang awam untuk bersama melakukan aktiviti berbasikal atau larian secara santai.

Ditulis oleh: Media JBSN