ALOR GAJAH, 26 JUN 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBS Negeri Melaka) selesai melaksanakan program Aktif @ Sukan Tradisional Peringkat Negeri Melaka bertempat di Kampung Gadek, Alor Gajah, hari ini.

Program merupakan sebahagian daripada usaha pemerkasaan sukan untuk semua dalam kalangan masyarakat terutamanya di peringkat akar umbi.

Menurut Pengarah JBS Negeri Melaka, Encik Khairul Adri Dato' Rosli, program ini merupakan sebahagian daripada perancangan jabatan di bawah Bahagian Pembangunan Sukan.

"InsyaAllah, pihak jabatan akan terus menyokong hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat terutamanya di negeri Melaka di mana lebih banyak program akan diadakan di masa depan," tambah beliau.

Perasmian disempurnakan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, YB Tuan VP. Shanmugam V. Pitchay.

Turut hadir, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), Encik Sabran Abd. Bahar.

 

Ditulis oleh: Media JBSN