TRONOH, PERAK, 23 APRIL 2022 - Satu program WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 6 bertajuk PERSONAL BRANDING IN BUSINESS telah dianjurkan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak. Program ini dijalankan melalui platform ZOOM MEETING.

Peserta yang tidak berpeluang mengikuti ZOOM MEETING, telah menonton di Facebook Live Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Penceramah bagi program ini adalah Encik Khairul Anuar Bin Azmi yang merupakan seorang Voiceover Artist, Producer & Content Creator.

Jumlah peserta yang mendaftar untuk program ini adalah seramai 161 orang. Hanya 100 orang telah menyertai program WEBINAR melalui ZOOM MEETING. Manakala 19 orang pula menonton melalui Facebook Live.

Program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan belia yang berilmu sesuai dengan slogan atau cogan kata Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) "Mengilmukan Usahawan Belia".