TRONOH, PERAK, 19 MEI 2022,  - Satu Program WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 8 bertajuk WEBINAR BIZZUP "MOH KOME DAFTAR PERNIAGAAN DI SSM!" telah dianjurkan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.
 
Program ini telah berlangsung melalui platform ZOOM MEETING. Peserta yang tidak berpeluang mengikuti ZOOM MEETING, telah menonton di Facebook Live Akademi Pembangunan Belia Malaysia melalui pautan yang disediakan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2068182736704334&id=100068877855502
Penceramah bagi program ini adalah Puan Noraisida binti Baharom yang merupakan seorang Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Seramai 173 orang peserta telah berjaya mengikuti program ini.
 
Program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan belia yang berilmu dan memahami dengan lebih mendalam bagaimana caranya untuk mendaftar perniagaan di SSM. Ini bertepatan dengan slogan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) "Mengilmukan Usahawan Belia".
 
Please, Follow, Like & Share
 
Oleh: Lung Rusdi Bin Ngah Lambut
(Penolong Jawatankuasa ICT Dan Media
Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Batu Gajah, Perak)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.