TRONOH, PERAK, 22 JUN 2022 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan Program WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 14 ASAS PERNIAGAAN DIGITAL - INSTAGRAM.
 
Penyertaan kali ini adalah yang tertinggi iaitu seramai 153 peserta. Program telah berlangsung melalui platform Zoom Meeting dan Facebook Live. Penceramah jemputan bagi program ini, Suraya Bt Ali merupakan seorang CERTIFIED MASTER TRAINER eUSAHAWAN .
 
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga berjaya kepada peserta yang meluangkan masa mengikuti program ini. Di lain waktu bertemu lagi. APBM akan sentiasa mengadakan program atau kursus keusahawanan untuk memberikan pendedahan kepada golongan belia atau usahawan di luar sana.