TRONOH, PERAK, 28 JUN 2022 – Encik Saiful Nizam Bin Saad, Pegawai Eksekutif Hasil, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Cawangan Ipoh, Perak merupakan penceramah bagi program WEBINAR SIRI 13 bertajuk ANDA USAHAWAN BIJAK? JOM CAKNA CUKAI..! Program anjuran Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), Batu Gajah yang telah berlangsung secara dalam talian melalui platform Zoom Meeting dan Facebook Live telah berjaya menarik penyertaan seramai 107 orang. Sijil penyertaan kepada peserta juga turut disediakan. Antara objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada usahawan belia mengenai pengurusan cukai yang lebih efektif dan sistematik dalam perniagaan.Semoga setiap perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta yang mengikuti program ini sepertimana slogan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM), “Mengilmukan Usahawan Belia”. APBM mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah dan juga kepada peserta yang berjaya mengikuti program ini.