BUKIT JAWI GOLF RESORT, PULAU PINANG, 19 JUN 2022 - Penceramah bagi program Empower Bakers, Anne Idris merupakan Ikon Usahawan Muda 2019 dan Mentor Program Wanita Cukup Berani 2020 - 2022. Pemilik Syarikat Anne Idris Holdings Sdn. Bhd. ini adalah pemegang Diploma Artistry, Squires Kitchen, International School Of Sugarcraft And Cake Decorating.
 
Program anjuran Cawangan Pembangunan Latihan, Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak ini telah diadakan pada 17 hingga 19 Jun 2022. Seramai 30 orang peserta telah menjayakan Program Empower Bakers MyPreneur@APBMBG Tahun 2022.
 
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Vijayan Kumar A/L Nadarajan, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak. Turut hadir ke majlis tersebut adalah En. Azlan bin Hussain, Timbalan Pengarah, Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak.
 
Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam aspek pentadbiran dan operasi perniagaan, pemasaran promosi dan jualan, serta strategi pemasaran secara keseluruhan. Selain itu, sesi pembelajaran secara Latihan Industri di premis bakeri juga dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam dalam memperkasakan usahawan bakers.