TRONOH, PERAK, 30 JUN 2022 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah sekali lagi telah menganjurkan satu program keusahawanan yang bertajuk “Nak Bisnes Selamat : Lindungi Harta Intelek.Program Webinar Bizzup Mypreneur@APBMBG siri 15 itu telah berlangsung melalui aplikasi Zoom Meeting dan Facebook Live pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Bagi menjayakan program ini, Encik Vincent Lejau yang merupakan Pegawai Harta Intelek, Bahagian Formaliti Paten, Perbadanan Harta Intelek telah dijemput untuk menyampaikan ceramah. Jumlah penyertaan kali ini seramai 82 orang peserta. Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta yang sudi meluangkan masa mengikuti program ini sehingga tamat. Semoga setiap perkongsian bermanfaat dan menambahkan lagi pengetahuan khususnya dalam melindungi Harta Intelek sesuatu perniagaan atau perusahaan.