STS3

TRONOH, PERAK, 06 OGOS 2021 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia  (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan program secara atas talian atau Webinar berkenaan dengan pengurusan perniagaan secara atas talian iaitu Program Step To Success @ Mypreneur Siri 2/2021 yang dianjurkan pada bulan Julai yang lalu bertempat di APBM Batu Gajah, Perak sebagai Home Base kepada webinar tersebut.

Program yang telah mendapat sambutan hangat hampir 50 orang peserta itu telah disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan daripada pelbagai agensi seperti Universiti Utara Malaysia (UUM), MARA dan PUNB.

Dalam program selama 3 hari tersebut, para peserta telah diterapkan dengan kemahiran dan teknik-teknik untuk mereka menguruskan perniagaan antaranya Business Model Canvas (BMC), Komunikasi Perniagaan, Rancangan Perniagaan dan Konsultasi perniagaan para peserta.

Semoga dengan sambutan yang hangat daripada para peserta akan dapat membantu para usahawan belia dalam memajukan produk atau perkhidmatan mereka akan datang.