home button

 
 

APBM Batu Gajah

TRONOH, PERAK, 8 JUN 2022 - Program WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 11 bertajuk – FACEBOOK “FREE COST MARKETING” telah dianjurkan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.
 
Program telah berlangsung melalui platform ZOOM MEETING. Pautan Facebook Live juga telah disediakan kepada peserta untuk mengikuti program ini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=550763679890390&id=100068877855502
 
Penceramah jemputan bagi program ini adalah Puan Asrina Bt. Jamiran, Master Trainer E-Usahawan (MDEC). Seramai 135 orang telah berjaya menyertai program ini. Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga maju jaya kepada peserta yang terlibat.
 
Program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan belia dengan memanfaatkan media sosial sebagai platform untuk memasarkan produk-produk perniagaan sesuai dengan slogan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) "Mengilmukan Usahawan Belia".
KUALA TERENGGANU, TERENGGANU 28 MEI 2022 - Program keusahawanan ini telah dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Latihan Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak pada 28-31 Mei 2022. Zon Pantai Timur menjadi jelajah kedua Team APBM. Program ini telah diadakan di Felda Residence Kuala Terengganu, Terengganu. Seramai 50 orang peserta telah menjayakan PROGRAM STEP TO SUCCESS MyPRENEUR@APBMBG SIRI 2/2022.
 
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Mohd Izwandy Bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir ke majlis tersebut adalah En. Azlan Bin Hussain, Timbalan Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak serta Pn. Farasyila Diana Kamarudin, Penolong Pengarah Kanan dari Cawangan Pembangunan Ekonomi Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
 
Objektif program ini adalah;
1) Membantu para belia dalam penyedian kertas kerja / Kertas Rancangan Perniagaan.
2) Meningkatkan pengetahuan perniagaan termasuk aspek pentadbiran, pemasaran, operasi dan kewangan.
3) Memberi khidmat konsultasi perniagaan kepada para usahawan.
4) Memberi kefahaman mengenai peluang-peluang perniagaan dan kemungkinannya.
TRONOH, PERAK, 31 MEI 2022 - satu program WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 10 bertajuk - “Boomkan Business”dengan MESTI & BESS telah dianjurkan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.
 
Program ini telah berlangsung melalui platform ZOOM MEETING. Peserta yang tidak berpeluang mengikuti ZOOM MEETING, telah menonton di Facebook Live Akademi Pembangunan Belia Malaysia melalui pautan yang disediakan https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=600418881064837&id=100068877855502 .
 
Penceramah jemputan bagi program ini adalah Sazly Azizuddin Bin Sahaimi, Pegawai Teknologi Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Seramai 115 orang telah berjaya menyertai program ini.
 
Program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan belia sesuai dengan slogan Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) "Mengilmukan Usahawan Belia".
TRONOH, PERAK, 25 MEI 2022 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah telah mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022. Antara yang terlibat adalah staf dan kakitangan APBM, Kontraktor Landskap dan Kebersihan serta Keselamatan.
 
Disamping meraikan Bulan Syawal yang mulia, majlis ini dianjurkan dengan harapan dan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan dan silaturahim. Selain itu, dapat memupuk semangat berkerjasama yang erat dikalangan warga kerja APBM. Jamuan Raya bermula pada jam 10.30 pagi dan majlis berakhir sekitar jam 1.00 tengah hari.
 
Di kesempatan ini, warga kerja Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.