home button

 
 

APBM Batu Gajah

TRONOH, PERAK, 17 JUN 2022 – Majlis Anugerah Perkhidamatan Cemerlang (APC) Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) Tahun 2021 telah diadakan di Hotel Sama-Sama, Sepang, Selangor dan disempurnakan oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu.
 
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf sumbangan kakitangan kepada KBS. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan kakitangan berkenaan sebagai contoh kepada warga kerja yang lain untuk sama-sama meningkatkan lagi perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi dengan agar lebih cemerlang dan produktif pada masa hadapan.
 
Dua pegawai dari Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) telah menyertai majlis secara virtual atau dalam talian. Penerima bagi APC Tahun 2021 adalah Encik Azlan Bin Hussain (Timbalan Pengarah) dan Puan Norhayati Binti Kamaruddin (Pembantu Tadbir Kewangan).
 
Seluruh warga APBM mengucapkan tahniah kepada penerima APC Tahun 2021 dan diharap akan lebih bermotivasi, berdaya maju, berintergriti, cekap dan kecemerlangan yang berterusan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada orang awam dan juga negara. Ia bersesuaian dengan tema Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021 pada kali ini “Mewarnai Kejayaan Bersama”.
TRONOH, PERAK, 17 JUN 2022 – Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat serta Ceramah Kuliah Dhuha Siri 1 dianjurkan oleh Unit Bina Insan telah diadakan di Surau At-Taqwa Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.
 
Antara yang menyertai majlis ini ialah Kakitangan Apbm, Kontraktor Landskap dan Kebersihan, pekerja Perkhidmatan Kawalan Keselamatan serta Pengusaha Kafeteria APBM. Penceramah bagi majlis keagamaan ini adalah Ustaz Fakhrul Zaman Bin Abu Mansor, Pegawai Tadbir Agama bagi daerah Batu Gajah, Jabatan Agama Islam Perak. Tajuk ceramah beliau adalah “Adakah Kita Beramanah?”.
 
Majlis ini bertujuan untuk mengimarahkan lagi Surau At-Taqwa APBM Batu Gajah dan seterusnya mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.
TRONOH, PERAK, 16.6.2022 – Pengarah Tenikal Jelajah Perak 2022 “Merentasi Warisan”, Mohd Hafiz Bin Azelan telah mengadakan lawatan ke Akademi Pembangunan Belia Malaysia. Beliau juga adalah ahli jawatankuasa Kejohanan Persekutuan Berbasikal Malaysia (PKBM) merangkap wakil dari pejabat YB Khairul Sharil YB EXCO Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak.
 
Beliau telah mengadakan satu siri perbincangan bersama Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Encik Vijayan Kumar A/L Nadarajan dan Timbalan Pengarah, Encik Azlan Bin Hussain. Beliau menerangkan intipati penganjuran bagi kejohanan lumba basikal lebuhraya Kejohanan Kebangsaan Berbasikal Jalanraya 2022 Piala YB EXCO Belia dan Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak di negeri perak yang akan diadakan pada 23 hingga 26 Jun 2022 bertempat di dataran Arena Manong, Kuala Kangsar, Perak. Laluan perlumbaan bermula dari Manong, Bota, Seri Iskandar, Perak.
 
Sesi akhir lawatan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan tertinggi APBM kerana banyak membantu dan memberi kerjasama juga berjiwa sukan. APBM akan sentiasa bekerjasama dalam setiap program belia dan sukan.
TRONOH, PERAK, 14 JUN 2022 – Satu Program WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG SIRI 12 MANUAL TEKNOLOGI - PENANAMAN CENDAWAN TIRAM telah dianjurkan di Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak.
 
Seramai 127 peserta telah berjaya menyertai program yang berlangsung melalui platform ZOOM MEETING dan Facebook Live. Penceramah jemputan bagi program ini, Encik Mohd Zikri bin Sarian merupakan seorang pengusaha tanaman cendawan tiram yang juga pemilik Syarikat T-Rex Carbine Ent bertempat di negeri Terengganu.
 
Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga berjaya kepada peserta yang terlibat. Program ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai lagi usahawan belia yang berilmu dan berpengetahuan di seluruh negara.