APBM Batu Gajah
WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG - " BUSINESS ICON - INSPIRED YOUR BUSINESS "
- Butiran
- Pentadbir APBM Batu Gajah
- Jumlah paparan: 71

TRONOH, PERAK,10 MAC 2022 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan proram secara atas talian atau Webinar berkenaan dengan motivasi perniagaan secara atas talian iaitu WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG - " BUSINESS ICON - INSPIRED YOUR BUSINESS " yang dianjurkan pada bulan Mac yang lalu bertempat di APBM Batu Gajah, Perak sebagai Home Base kepada webinar tersebut.
Program yang telah mendapat sambutan hangat hampir 150 orang peserta itu telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang tidak asing lagi dalam dunis keusahawanan belia iaitu Cik Anne Idris, ikon usahawan belia terkenal.
Dalam program tersebut, para peserta telah diberi suntikan semangat dan motivasi serta idea-idea bagi meneruskan survival perniagaan mereka dalam masa yang sukar buat masa ini.
Semoga dengan sambutan yang hangat daripada para peserta akan dapat membantu para usahawan belia dalam memajukan produk atau perkhidmatan mereka akan datang.
WEBINAR MYPRENEUR@APBMBG - " ASAS KEMAHIRAN DIGITAL CANVA "
- Butiran
- Pentadbir APBM Batu Gajah
- Jumlah paparan: 62

TRONOH, PERAK, 23 FENRUARI 2022 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan proram secara atas talian atau Webinar berkenaan dengan pembelajaran berkenaan penggunaan kemahiran digital bagi pengeditan gambar dan sebagainya dengan menggunakan aplikasi CANVAS bertempat di APBM Batu Gajah, Perak sebagai Home Base kepada webinar tersebut.
Program yang telah mendapat sambutan hangat hampir 180 orang peserta itu telah disampaikan oleh Puan Asrina Jamiran, Certified Master Trainer E-usahawan
Semoga dengan sambutan yang hangat daripada para peserta akan dapat membantu para usahawan belia dalam memajukan produk atau perkhidmatan mereka akan datang.
WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG - BISNES FRANCAIS TANPA MODAL?
- Butiran
- Pentadbir APBM Batu Gajah
- Jumlah paparan: 93

TRONOH, PERAK, 24 FEBRUARI 2022 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan proram secara atas talian atau Webinar berkenaan dengan motivasi perniagaan secara atas talian iaitu WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG - BISNES FRANCAIS TANPA MODAL? yang dianjurkan pada bulan Februari yang lalu bertempat di APBM Batu Gajah, Perak sebagai Home Base kepada webinar tersebut.
Program yang telah mendapat sambutan hangat hampir 160 orang peserta itu telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman iaitu Encik IZZAT NORIZAN (Ketua Pegawai Operasi Merpati Food Sdn. Bhd.) salah sebuah syarikat francaisor terkemuka di Malaysia
Dalam program tersebut, para peserta telah diberi suntikan semangat dan motivasi serta idea-idea bagi memulakan perniagaan secara francais terutamanya dengan syarikat francaisor MERPATI.
Semoga dengan sambutan yang hangat daripada para peserta akan dapat membantu para usahawan belia dalam memajukan produk atau perkhidmatan mereka akan datang.
BUKIT KLEDANG KAMI DATANG!
- Butiran
- Pentadbir APBM Batu Gajah
- Jumlah paparan: 67

IPOH, PERAK, 8.2.2022 - Satu program sukan telah diadakan bagi mengekalkan budaya bersukan, saling bekerjasama dan mengeratkan silaturahim dikalangan kakitangan di APBM. Program kali ini adalah mendaki bukit atau KLEDANG HILL CHALLENGE.
Seramai 11 orang warga kerja APBM telah mengambil bahagian. Untuk makluman, hari Selasa merupakan Hari Sukan bagi Warga KBS.