home button

 
 

APBM Batu Gajah

TRONOH, PERAK, 23 FENRUARI 2022 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia  (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan proram secara atas talian atau Webinar berkenaan dengan pembelajaran berkenaan penggunaan kemahiran digital bagi pengeditan gambar dan sebagainya dengan menggunakan aplikasi CANVAS bertempat di APBM Batu Gajah, Perak sebagai Home Base kepada webinar tersebut.

Program yang telah mendapat sambutan hangat hampir 180 orang peserta itu telah disampaikan oleh Puan Asrina Jamiran, Certified Master Trainer E-usahawan

Semoga dengan sambutan yang hangat daripada para peserta akan dapat membantu para usahawan belia dalam memajukan produk atau perkhidmatan mereka akan datang.

TRONOH, PERAK, 24 FEBRUARI 2022 - Akademi Pembangunan Belia Malaysia  (APBM) Batu Gajah, Perak telah menganjurkan proram secara atas talian atau Webinar berkenaan dengan motivasi perniagaan secara atas talian iaitu WEBINAR BIZZUP MYPRENEUR@APBMBG - BISNES FRANCAIS TANPA MODAL? yang dianjurkan pada bulan Februari yang lalu bertempat di APBM Batu Gajah, Perak sebagai Home Base kepada webinar tersebut.

Program yang telah mendapat sambutan hangat hampir 160 orang peserta itu telah disampaikan oleh penceramah jemputan yang berpengalaman iaitu Encik IZZAT NORIZAN (Ketua Pegawai Operasi Merpati Food Sdn. Bhd.) salah sebuah syarikat francaisor terkemuka di Malaysia

Dalam program tersebut, para peserta telah diberi suntikan semangat dan motivasi serta idea-idea bagi memulakan perniagaan secara francais terutamanya dengan syarikat francaisor MERPATI.

Semoga dengan sambutan yang hangat daripada para peserta akan dapat membantu para usahawan belia dalam memajukan produk atau perkhidmatan mereka akan datang.

IPOH, PERAK, 8.2.2022 - Satu program sukan telah diadakan bagi mengekalkan budaya bersukan, saling bekerjasama dan mengeratkan silaturahim dikalangan kakitangan di APBM. Program kali ini adalah mendaki bukit atau KLEDANG HILL CHALLENGE.

Seramai 11 orang warga kerja APBM telah mengambil bahagian. Untuk makluman, hari Selasa merupakan Hari Sukan bagi Warga KBS.

KUALA LUMPUR, 30 JANUARI 2022 - Pejam celik, kita sudah pun berada di penghujung Januari. Bagi bangsa usahawan yang sudah menulis impian dan renew azam masing-masing, saya doakan moga dipermudahkan, terus komited dan lakukan yang terbaik sampai habis!Mereka yang belum lagi lakukannya, ia pilihan anda sendiri.Allah SWT berfirman dalam surah ar-Ra'd: 11: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan ia mengubah dirinya sendiri."Pada hari ini, saya nak kongsikan mengenai pentingnya untuk kita sebagai usahawan ketahui potensi perniagaan yang dijalankan.Apabila ketahui potensi perniagaan itu, maka lebih mudahlah untuk anda mengatur strategi bagi sasaran yang khusus dan melihat perniagaan makin berkembang, insya-Allah.Terlebih dulu, usahawan perlu kenal pasti berapa besar target market perniagaan.Dapatkan maklumat yang berkaitan dan barulah anda boleh lakukan strategi apa untuk dapat capai prospek pelanggan berkenaan.Bukan semua orang atau sekitar 32 juta rakyat Malaysia adalah pelanggan yang anda kehendaki ya!Usahawan perlu tahu siapa sasaran mereka sebenarnya, barulah lebih mudah untuk merangka pemasaran dan penjenamaan yang berkesan malah efektif.Duit pun boleh dijimatkan bagi peruntukan pemasaran dan penjenamaan bisnes anda.Formula SIAPASaya ingin hadiahkan anda dengan formula pemasaran saya sendiri, SIAPA yang sudah bantu ramai usahawan di luar sana hingga mereka berjaya bina bisnes yang berjaya.Akronim SIAPA membawa maksud: Sasaran, Isu, Akibat, Potensi dan Action yang usahawan itu mahukan pembaca, penonton ataupun pendengar bertindak.Jika saya nak perjelaskan dengan lebih teliti, rasanya tak cukup ruang ini, namun apa saya boleh beritahu, SIAPA dapat membantu bangsa usahawan melakukan pemasaran mereka dengan betul dan insyaAllah berkesan.Hal ini kerana anda akan secara langsung melakukan pemasaran pada kumpulan orang yang betul, mengenal pasti isu atau masalah dihadapi dan kesannya serta menawarkan penyelesaian kepada mereka.Nak tahu soal pemasaran dan penjenamaan penting bagi 2022 ini, anda tak boleh lepaskan peluang untuk bersama saya secara langsung malah 100 peratus percuma dalam Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya - Branding & Marketing Power 2022! pada 4 hingga 6 Mac ini.Seperti saya kata tadi, pilihan di tangan anda. Bagi usahawan yang serius nak tingkatkan soal pemasaran dan penjenamaan boleh klik link ini.Tak lupa juga, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghoa yang akan menyambutnya tidak lama lagi.Disiarkan oleh Harian Metro pada: Januari 30, 2022 @ 11:15amArtikel Berkaitan